Kementerian Kewangan Malaysia hari ini mengumumkan pelarasan harga runcit mingguan bahan api bagi tempoh 15 hingga 21 Januari 2026, susulan perubahan harga minyak mentah di pasaran global di bawah mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM).
Untuk minggu ini, terdapat penurunan harga bagi beberapa produk petroleum utama seperti petrol RON97, RON95 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia. Dalam masa yang sama, harga RON95 bersubsidi menerusi inisiatif BUDI MADANI dan diesel di Sabah, Sarawak serta Labuan dikekalkan.
Senarai Harga Runcit Bahan Api (15 – 21 Januari 2026)
Harga berikut berkuat kuasa mulai Khamis, 15 Januari 2026:
- Petrol RON97: 🔻 Turun 3 sen kepada RM3.08 seliter
- Petrol RON95 Tanpa Subsidi: 🔻 Turun 2 sen kepada RM2.52 seliter
- Petrol RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
- Diesel di Semenanjung Malaysia: 🔻 Turun 5 sen kepada RM2.84 seliter
- Diesel di Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
Kerajaan Terus Pantau Pergerakan Harga Minyak
Menurut kenyataan rasmi, kerajaan akan terus memantau trend pasaran minyak dunia dan membuat pelarasan harga runcit secara berperingkat. Langkah ini bertujuan memastikan keseimbangan antara kos operasi, kestabilan pasaran domestik dan keperluan rakyat.
Harga runcit ini akan diguna pakai sehingga 21 Januari 2026.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga Minyak 20–26 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Naik Sehingga 20 Sen Seliter