Berita gembira buat rakyat Malaysia sempena musim cuti 2025! Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50% kepada pengguna kenderaan persendirian (Kenderaan Kelas 1) sempena perayaan Krismas 2025, sebagai tanda keprihatinan dan semangat perpaduan seluruh rakyat.
Tarikh dan Masa Diskaun Tol
Diskaun ini akan diberikan selama dua hari sahaja, iaitu:
- 23 Disember 2025 (Selasa), bermula 12:01 pagi
- 24 Disember 2025 (Rabu), berakhir 11:59 malam
Inisiatif ini membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga tersayang dengan lebih jimat dan selesa sempena musim cuti sekolah dan perayaan.
Laluan Terlibat dan Pengecualian
Diskaun 50% ini diberikan kepada semua kenderaan Kelas 1, termasuk kenderaan persendirian kecuali:
- Plaza Tol di pintu masuk sempadan negara, iaitu:
- Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
- Plaza Tol Tanjung Kupang, Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)
Turut dikecualikan adalah Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang.
Perancangan Perjalanan dan Tips Keselamatan
Kementerian Kerja Raya (KKR) menggalakkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan menggunakan:
- TuJu Highway Navigation App LLM
- Aplikasi MyPLUS-TTA
Orang ramai juga disaran menyemak jadual travel time advisory (TTA) dan status trafik melalui media sosial rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Facebook, aplikasi X (@LLMtrafik) dan TikTok (@llmtrafik), atau hubungi talian 1-800-88-7752 untuk maklumat terkini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga Minyak 20–26 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Naik Sehingga 20 Sen Seliter