Kerajaan telah mengumumkan penurunan harga bahan api RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, berkuat kuasa 30 September 2025. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 16 juta rakyat Malaysia, dengan setiap warganegara layak menerima subsidi sehingga 300 liter sebulan.
Guna MyKad Tanpa Perlu Daftar
Tiada pendaftaran diperlukan untuk menikmati harga subsidi ini. Pengguna hanya perlu mengimbas MyKad di mesin pembaca yang akan dipasang di kedai stesen minyak dan terminal pam. MyKad berfungsi sebagai bukti kewarganegaraan bagi melayakkan pengguna menerima harga subsidi.
Kerajaan menasihatkan pengguna untuk pastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah. Jika anda telah menebus bantuan SARA RM100, itu menunjukkan cip MyKad anda aktif.
Alternatif Melalui eDompet dan Aplikasi Petrol
Selain MyKad, rakyat juga boleh menggunakan e-dompet seperti TNG eWallet serta aplikasi pihak ketiga daripada jenama petrol seperti Setel (Petronas) dan CaltexGo (Caltex) bagi menebus subsidi.
Pelaksanaan Berperingkat Mengikut Kumpulan
Subsidi RON95 akan diperkenalkan secara berperingkat:
- 27 September: Anggota tentera dan polis akan menjadi kumpulan pertama menerima subsidi.
- 29 September: Golongan B40 dan M40 yang menerima Sumbangan Tunai Rakyat (STR) akan menikmati harga subsidi.
- 30 September: Semua rakyat Malaysia yang layak boleh mula menikmati harga RM1.99 seliter.
Tidak Layak: Warga Asing & Syarikat Korporat
Subsidi ini hanya untuk warganegara Malaysia. Warga asing dan syarikat besar tidak layak menerima harga subsidi, dan akan terus membayar harga pasaran RM2.60 seliter bagi RON95.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
TikTok Shop Kenakan SST 6% untuk Caj Penghantaran Penjual Bermula September
Fi Life Henti Jualan Polisi Insurans Baharu Mulai 26 Ogos 2026, Pemegang Polisi Sedia Ada Tidak Terjejas