Menu

Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja

Alyaa 3 days ago

Selepas mendapat sambutan hangat daripada pelanggan menerusi pelbagai promosi Original Glazed sebelum ini, Krispy Kreme Malaysia sekali lagi menghargai sokongan pelanggan dengan menawarkan promosi baharu, Double Doughnuts, pada 21 Ogos 2026.

Kali ini, pelanggan yang membeli satu kotak 6 biji Assorted Doughnuts akan menerima satu kotak 6 biji Original Glazed secara percuma. Ini bermakna anda boleh mendapatkan keseluruhan 12 biji donut dengan hanya membayar harga satu kotak.

Kotak Assorted Doughnuts hadir dengan pelbagai pilihan perisa dan hiasan, sesuai untuk mereka yang inginkan variasi donut dalam satu pembelian. Sementara itu, 1 kotak Original Glazed yang diberikan secara percuma menampilkan donut ikonik Krispy Kreme yang lembut, gebu dan disaluti lapisan gula nipis berkilat.

Original Glazed telah menjadi antara pilihan kegemaran ramai sejak Krispy Kreme ditubuhkan pada tahun 1937. Jadi, bagi peminat donut klasik ini, promosi tersebut memberi peluang untuk mendapatkan satu kotak tambahan tanpa sebarang bayaran.

Tawaran ini hanya boleh ditebus melalui pembelian secara walk-in di semua cawangan Krispy Kreme Malaysia tertakluk kepada ketersediaan stok dan terma serta syarat yang berkuat kuasa. Dengan 12 biji donut untuk dinikmati, promosi ini merupakan pilihan menarik untuk dikongsi bersama di rumah atau di pejabat.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –