Harga runcit petrol dan diesel tanpa subsidi kekal tidak berubah bagi tempoh minggu ini, susulan harga pasaran petroleum antarabangsa yang mula kembali ke tahap sederhana berbanding paras puncak konflik sebelum ini.
Menerusi kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi di Semenanjung Malaysia dikekalkan pada paras yang sama seperti minggu sebelumnya, berdasarkan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).
Harga Runcit Petrol dan Diesel Bagi 9–15 Julai 2026
Bagi tempoh 9 Julai hingga 15 Julai 2026, harga runcit bahan api tanpa subsidi ditetapkan seperti berikut:
- RON97: ➡️ RM4.00 seliter (tiada perubahan)
- RON95: ➡️ RM3.37 seliter (tiada perubahan)
- Diesel: ➡️ RM3.97 seliter (tiada perubahan)
Sementara itu, harga bahan api bersubsidi turut kekal seperti berikut:
- RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ RM1.99 seliter
- Petrol Bersubsidi (SKPS): ➡️ RM2.05 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS): ➡️ RM2.15 seliter
- Diesel Bersubsidi (BUDI Diesel): ➡️ RM2.10 seliter
Konflik Masih Bayangi Pasaran Global, Kerajaan Kekal Berhemah
Menurut Kementerian Kewangan, harga minyak mentah di pasaran global terus menyederhana pada minggu terdahulu, didorong oleh pengurangan premium risiko geopolitik, pemulihan aliran bekalan serta peningkatan persaingan harga dalam kalangan pengeluar utama.
Namun begitu, perkembangan terkini di Asia Barat menunjukkan risiko gangguan terhadap harga dan bekalan minyak masih wujud selagi konflik itu tidak dimuktamadkan. Dalam jangka sederhana, MOF menjangkakan lebihan bekalan global susulan pemulihan pengeluaran dan penyederhanaan permintaan akan mengehadkan kenaikan harga, walaupun sebarang gangguan baharu di laluan perdagangan utama masih boleh menyebabkan turun naik harga yang ketara.
Melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan pengesahan MyKad, tertakluk kepada kelayakan dan baki kelayakan bulanan masing-masing.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Harga Minyak 20–26 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Naik Sehingga 20 Sen Seliter
ERL Tawar Diskaun 50% Tiket KLIA Transit ke Putrajaya Sempena Hari Kebangsaan 2026
Harga Minyak 13–19 Ogos 2026: RON97 Turun 20 Sen, RON95 Turun 15 Sen dan Diesel Turun 10 Sen
Prasarana Sediakan Pengangkutan Awam 24 Jam untuk Sambutan Hari Kebangsaan 2026 – Fahmi
KTMB Tawar Diskaun RM15 Tiket ETS Sempena Promosi 8.8 Awesome August
Harga Minyak 6–12 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Masing-masing Turun 5 Sen