6 Julai cukup istimewa buat peminat ayam goreng kerana tarikh ini menandakan sambutan Hari Ayam Goreng Sedunia. Dalam masa sama, Marrybrown turut meraikan ulang tahun ke-45 jenama itu tahun ini, menjadikan promosi kali ini lebih menarik untuk dinikmati pelanggan.
Bagi meraikan dua sambutan ini, Marrybrown menawarkan promosi istimewa untuk salah satu menu ikonik mereka, iaitu Ayam Goreng MB. Pada hari tersebut, pelanggan boleh mendapatkan 2 ketul Ayam Goreng MB pada harga RM4.50 sahaja, berbanding harga asal RM15.60. Ini memberikan penjimatan sebanyak RM11.10 untuk setiap pesanan.
Namun, terdapat beberapa perkara penting yang perlu dibambil perhatian. Promosi ini hanya ditawarkan secara eksklusif melalui platform foodpanda dan tidak tersedia untuk pembelian di kaunter restoran. Selain itu, tempoh promosi juga sangat terhad, iaitu hanya selama dua jam sahaja bermula 12.00 tengah hari hingga 2.00 petang pada 6 Julai 2026.
Memandangkan tawaran ini berlangsung dalam tempoh yang singkat dan tertakluk kepada ketersediaan stok, pelanggan yang berminat disarankan untuk membuat pesanan sebaik sahaja promosi bermula. Anda juga boleh menetapkan peringatan lebih awal supaya tidak terlepas peluang mendapatkan 2 ketul Ayam Goreng MB pada harga RM4.50 ini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20