Kenangan Coffee mencapai satu lagi pencapaian penting apabila kini memiliki 200 cawangan yang beroperasi di seluruh negara. Sempena kejayaan ini, jenama kopi dari Indonesia yang berkembang pesat di Malaysia ini menawarkan promosi istimewa sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia.
Dari 10 hingga 13 Ogos 2026, pelanggan boleh menikmati minuman kedua pada harga RM2 sahaja dengan setiap pembelian mana-mana Signature Handcrafted Drink. Minuman kedua yang layak untuk tawaran RM2 ialah Regular Hot atau Iced Americano, Latte dan Cappuccino.
Signature Handcrafted Drinks yang layak untuk promosi ini terdiri daripada:
- Kenangan Latte
- Creamy Latte
- D Spanish Latte
- Salted Caramel Macchiato
- Avocado Coffee
- Avocado Mil
- Pistachio Macchiato
- Pistachio Milk
- Mocha Chip Frappe
Untuk menebus tawaran, pelanggan perlu memasukkan kod promosi KC200 semasa membuat pesanan melalui aplikasi Kenangan Coffee. Kod promosi ini hanya boleh digunakan menerusi aplikasi dan tidak sah untuk ditebus melalui kaedah lain. Sebarang caj tambahan untuk topping atau add-on seperti extra shot, extra syrup atau extra drizzle juga akan dikenakan secara berasingan.
Promosi ini sah di semua cawangan Kenangan Coffee Malaysia kecuali KLIA2 dan KKIA, serta tidak boleh digabungkan dengan mana-mana promosi, set menu, diskaun, baucar atau kad keistimewaan lain yang sedang berlangsung.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20