Menu

Auntie Anne’s Lancar Koleksi Plushie Pretzel Friends, Percuma Dengan Pembelian RM30 Melalui Aplikasi

Alyaa 2 months ago

Auntie Anne’s memperkenalkan siri koleksi plushie pertama mereka yang diberi nama Pretzel Friends, bermula 21 Julai 2026. Koleksi ini menampilkan 10 rekaan plushie yang diinspirasikan daripada menu popular Auntie Anne’s, termasuk dua rekaan edisi rahsia yang tidak didedahkan.

Kesemua 10 rekaan dalam koleksi ini adalah seperti berikut:

  • Jalapeno Cheese Pretzel
  • Original Stix
  • Choco Eclairs Pretzel
  • Jumbo Cheese Sausage
  • Cheezzy Chicken Pretzel
  • Cheese Nugget
  • Signature Lemonade
  • Original Pretzel
  • Dua rekaan Secret Edition misteri

Setiap kotak adalah dalam format blind box, bermakna pelanggan tidak boleh memilih rekaan yang diingini. Semua rekaan mempunyai kebarangkalian yang sama untuk didapatkan, kecuali edisi rahsia yang kemungkinan lebih sukar untuk diperoleh.

Cara untuk mendapatkan Pretzel Friends Plushie Blind Box secara percuma adalah seperti berikut:

  1. Muat turun aplikasi Auntie Anne’s dan daftar akaun terlebih dahulu
  2. Kemudian hadir ke mana-mana cawangan Auntie Anne’s dan buat pembelian minimum RM30 dalam satu resit.
  3. Buka aplikasi, klik “Next Reward”, pilih “FOC Pretzel Friends Voucher”, tekan “Redeem” diikuti “Activate”, dan tunjukkan kod bar kepada juruwang untuk diimbas.
  4. Selepas pengesahan, anda akan menerima blind box anda 

Tawaran ini eksklusif untuk ahli aplikasi mudah alih Auntie Anne’s sahaja dan hanya sah untuk pembelian di kedai. Pembelian melalui platform penghantaran tidak layak untuk tawaran ini dan ianya juga tidak tersedia di cawangan KLIA2.

Koleksi ini boleh ditebus setiap hari dari jam 11 pagi hingga 9 malam. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi ini di cawangan berdekatan.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –