Menu

Potato Story Sambut Hari Fries Sedunia Dengan Diskaun 50% Untuk Fries Kedua – Satu Hari Sahaja!

Alyaa 3 months ago

Sempena Hari Fries Sedunia, Potato Story Malaysia meraikannya dengan diskaun 50% untuk pembelian fries ke-2 pada 13 Julai 2026 sahaja. Promosi ini hanya berlangsung untuk satu hari, jadi pelanggan yang berminat perlu bertindak pantas.

Tawaran ini membolehkan anda mendapatkan fries ke-2 pada separuh harga dengan setiap pembelian fries pertama pada harga penuh. Promosi ini sesuai untuk dikongsi berdua atau bagi mereka yang ingin mencuba dua perisa berbeza serentak.

Namun, promosi ini tidak tersedia di beberapa cawangan berikut:

  • AEON Kuching
  • Emart Berlian
  • Eastern Mall
  • Aiman Mall
  • Emart Tabuan Jaya
  • Tanjung Batu Bintulu
  • Kapit
  • Sarikei
  • Delta Mall Sibu
  • Amber Hills Brunei
  • Semua cawangan Labuan

Sebahagian besar cawangan yang dikecualikan adalah terletak di Sarawak, Brunei dan Labuan. Buat mereka yang berada di kawasan tersebut, anda disarankan untuk menyemak terlebih dahulu sama ada cawangan berhampiran anda menyertai promosi ini atau tidak sebelum berkunjung.

Memandangkan tawaran ini hanya sah untuk satu hari sahaja dan tertakluk kepada terma dan syarat yang berkuat kuasa, anda disarankan untuk tidak menangguhkan kunjungan.

Untuk maklumat lanjut, ikuit media sosial rasmi Potato Story di Facebook (Potato Story Malaysia) dan Instagram (@potatostorymy).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –