Richeese Factory Malaysia kini menawarkan Cheesecake Ice Cream secara percuma sempena promosi Happy Hour, sah pada hari bekerja di semua cawangan Richeese Factory seluruh Malaysia.
Promosi ini tersedia dalam dua slot masa pada hari bekerja:
- 3.00 petang hingga 6.00 petang
- 8.00 malam ke atas
Cheesecake Ice Cream bernilai RM3.99 ini akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang makan di restoran, dengan had satu aiskrim bagi setiap transaksi dan satu aiskrim bagi setiap orang. Promosi ini tidak terpakai bagi pembelian bawa pulang atau penghantaran.
Bagi kebanyakan negeri, hari bekerja merujuk kepada Isnin hingga Jumaat. Namun, bagi cawangan di Terengganu, Kedah dan Kelantan, hari bekerja adalah dari Ahad hingga Khamis memandangkan negeri-negeri tersebut mengikut sistem cuti hujung minggu yang berbeza.
Promosi ini ditawarkan berdasarkan siapa cepat, dia dapat dan tertakluk kepada ketersediaan stok. Richeese Factory turut menyatakan bahawa pihaknya berhak untuk mengubah atau menarik balik promosi ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20