Menu

5 Tip Shopping Fesyen Sempena Jualan 7.7 Dengan Google Search, Lens Dan AI Mode

Alyaa 2 weeks ago

Musim jualan mega pertengahan tahun kini memenuhi kalendar beli-belah di seluruh Asia Tenggara, dan jualan 7.7 yang bakal tiba menjadi salah satu peluang terbaik buat peminat fesyen untuk melengkapkan koleksi “fitcheck” idaman mereka. Namun, untuk mendapatkan gaya “aesthetic” yang diingini pada harga berpatutan, strategi membeli-belah yang bijak tetap diperlukan, kerana kualiti tidak semestinya datang dengan harga mahal.

Menyedari cabaran ini, Google berkongsi lima cara bagaimana Search boleh dijadikan rakan beli-belah digital untuk membantu pengguna mencari pakaian yang bukan sahaja bergaya, malah tahan lama sekali gus turut memberi manfaat kepada alam sekitar.

1. Rancang Strategi Membeli-belah Dengan AI Mode

Merancang pembelian sempena jualan 7.7 merentasi pelbagai platform e-dagang boleh menjadi sesuatu yang meletihkan. AI Mode dalam Search membantu memudahkan proses ini dengan menjawab soalan fesyen yang lebih khusus dan kompleks.

Berbanding perlu membuka berpuluh-puluh tab untuk membandingkan gaya, pengguna kini hanya perlu bertanya secara semula jadi kepada AI Mode seperti, “Di manakah saya boleh mendapatkan jaket utiliti pendek (cropped utility jacket) yang boleh dihantar ke Kuala Lumpur, dan kedai tempatan manakah yang mempunyai penilaian tinggi serta menjualnya?” untuk terus mendapatkan pautan dan maklumat kedai berkaitan.

2. Bandingkan Harga dengan Google Lens

Semasa mencari item fesyen ketika jualan besar-besaran berlangsung, agak sukar untuk memastikan sama ada sesuatu diskaun itu benar-benar tawaran terbaik yang tersedia dalam talian. Di sinilah Google Lens bertindak sebagai pakar perbandingan harga segera, terus dari telefon pengguna.

Cukup dengan membuka aplikasi Google, menggunakan ciri Lens, kemudian mengambil gambar atau memuat naik tangkapan skrin sesuatu item, Lens akan mencari padanan visual di seluruh web. Ini membolehkan pengguna membandingkan harga, menyemak ketersediaan stok, dan memastikan mereka mendapat harga yang paling ideal.

3. Lihat, Bulatkan, Dan Beli dengan Circle To Search

Inspirasi gaya boleh muncul di mana-mana sahaja, daripada suapan media sosial hinggalah lookbook pencipta kandungan kegemaran. Dengan Circle to Search pada peranti Android atau iPhone yang serasi, pengguna boleh mencari pakaian dengan segera hanya dengan membulatkan atau mengetik item berkenaan terus pada skrin.

Search kemudiannya akan memaparkan item yang sepadan berserta kedai dalam talian, tempat ianya boleh dibeli. Pengguna juga boleh menaip soalan susulan bersebelahan imej tersebut, seperti “Apakah pilihan yang serupa dengan potongan oversized?”, untuk memperhalus gaya mengikut citarasa masing-masing dengan lebih mudah.

4. Bawa Bilik Persalinan Ke Telefon Dengan Virtual Try-On

Ciri Virtual Try-On pula menjadikan telefon sebagai bilik persalinan digital peribadi, membolehkan pengguna membeli-belah sempena jualan 7.7 dengan lebih yakin.

Apabila menemui item pakaian yang berkenan di Search, pengguna hanya perlu mengetik ciri “try it on”. Dengan memilih model yang sepadan dengan bentuk badan sendiri, atau memuat naik imej peribadi, alat berkuasa AI ini akan memadankan pakaian tersebut mengikut badan pengguna, menunjukkan bagaimana fabrik jatuh dan padan sebelum sebarang pembelian dibuat.

5. Beli Untuk Jangka Panjang, Pastikan Selidik Bahan Dan Kebolehkesanan

“Fitcheck” 7.7 yang berjaya bukan sekadar mengikut trend sementara, tetapi juga tentang melabur dalam pakaian yang tahan lama. Pembelian fast-fashion secara berlebihan sering membawa kepada pakaian berkualiti rendah yang cepat lusuh selepas beberapa kali basuhan, sekali gus menyumbang secara besar-besaran kepada sisa tekstil global.

Search boleh digunakan untuk mengubah tabiat penggunaan ke arah kualiti berbanding kuantiti. Apabila menemui gaya yang disukai, pengguna boleh menggunakan Lens untuk mengimbas komposisi fabrik atau mencari maklumat tentang amalan pengeluaran sesebuah jenama. Soalan khusus seperti “Adakah jenama ini diperakui untuk kapas organik?” atau “Apakah label fesyen tempatan yang menggunakan pembuatan beretika?” boleh membantu memastikan wang yang dibelanjakan turut menyokong pakaian yang mampan dan tahan lama sekali gus membina almari pakaian yang timeless, baik untuk gaya peribadi mahupun planet ini.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –