Menu

Bonus Dah Masuk? Ini 7 Cara Reward Diri Dengan Bajet Bawah RM3,000

Alyaa 3 months ago

Bonus dah masuk. Rasa nak hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang bermakna, tetapi masih belum pasti apa yang paling berbaloi?

Perasaan ini mungkin biasa bagi ramai orang. Sebahagian mahu menyimpan, manakala sebahagian lagi sudah lama menunggu peluang untuk menghargai diri sendiri selepas bekerja keras sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Berita baiknya, anda tidak perlu memilih antara berbelanja secara bijak atau menikmati hasil usaha sendiri. Dengan bajet di bawah RM3,000, sebenarnya ada banyak pengalaman dan barangan yang bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga berbaloi untuk dimiliki.

Daripada bercuti, menikmati makanan sedap, menaik taraf telefon hingga menghadiri konsert, ini tujuh cara untuk reward diri dengan bajet di bawah RM3,000.

1. Pergi Bercuti — Sebab Ada Tempat Yang Sudah Lama Menunggu

Kalau ada satu perkara yang sering tersimpan dalam senarai perkara yang ingin dilakukan apabila ada masa, jawapannya mungkin percutian.

Dengan bajet di bawah RM3,000 seorang, termasuk penerbangan, hotel dan aktiviti, beberapa destinasi serantau sudah boleh mula dirancang. Bali sesuai untuk mereka yang mahukan gabungan percutian pantai di Seminyak atau suasana yang lebih tenang di Ubud. Da Nang pula terkenal dengan Golden Bridge di Ba Na Hills dan lokasinya yang berhampiran Hoi An, sebuah bandar lama yang cukup popular dalam kalangan pelancong.

Jika lebih gemarkan pantai, Krabi menawarkan aktiviti island hopping, tebing batu kapur yang ikonik dan pantai cantik seperti Railay Beach. Untuk pilihan dalam negara, Kota Kinabalu pula terkenal dengan aktiviti island hopping di Taman Laut Tunku Abdul Rahman, makanan laut segar serta pemandangan Gunung Kinabalu yang menjadi ikon Sabah.

Anggaran bajet: RM1,900 hingga RM2,900 seorang
Tips: Tempah tiket sekurang-kurangnya enam minggu lebih awal dan cuba pilih penerbangan pada hari bekerja untuk harga yang lebih rendah.

2. Makan Di Rembayung — Masakan Kampung Yang Sedang Jadi Sebutan

Jika anda mahu menghadiahkan diri dengan pengalaman makan yang istimewa, Rembayung antara restoran yang patut dipertimbangkan. Restoran milik Khairul Aming ini menjadi sebutan ramai kerana mengetengahkan masakan kampung Melayu dalam suasana yang lebih moden dan tersusun.

Antara menu popular termasuk Ayam Salai Masak Lemak Cili Api, Sayur Masak Lemak Putih, Udang Sambal Tumis Petai dan Ikan Siakap Sambal Berlada.

Dengan anggaran RM70 hingga RM100 seorang sebelum caj perkhidmatan, anda sudah boleh menikmati hidangan yang memuaskan selera tanpa perlu berbelanja besar.

Anggaran bajet: RM70 hingga RM100 seorang
Tips: Bersedia untuk membuat tempahan sebaik sahaja slot dibuka kerana tempat biasanya penuh dengan cepat.

3. Beli Siri Xiaomi 17T — Telefon Yang Terasa Manfaatnya Setiap Hari

Jika telefon lama anda sudah mula terasa perlahan, bateri cepat habis atau hasil gambar tidak lagi memuaskan, bonus pertengahan tahun mungkin masa yang sesuai untuk menaik taraf peranti harian anda.

Siri Xiaomi 17T hadir sebagai pilihan menarik kerana ia menawarkan ciri flagship pada harga di bawah RM3,000. Siri ini menumpukan kepada tiga perkara utama yang paling terasa dalam penggunaan harian iaitu kamera, bateri dan prestasi.

Xiaomi 17T bermula dari RM2,399 dan sesuai untuk pengguna yang mahukan telefon seimbang dengan skrin AMOLED 1.5K 120Hz, cip MediaTek Dimensity 8500-Ultra, bateri 6,500mAh serta pengecasan pantas 67W.

Untuk mereka yang mahukan pengalaman lebih premium, Xiaomi 17T Pro pula ditawarkan bermula RM2,899. Model ini hadir dengan skrin lebih besar 6.83 inci 144Hz, cip MediaTek Dimensity 9500, bateri 7,000mAh dan sokongan pengecasan tanpa wayar 50W.

Apa yang membuatkan siri ini lebih menarik ialah sistem kamera Leica yang digunakan pada kedua-dua model. Kedua-duanya dilengkapi kamera utama 50MP dengan OIS, kamera telefoto periskop Leica 50MP 5x dengan OIS serta kamera ultra lebar 12MP. Ini menjadikannya lebih sesuai untuk pengguna yang kerap mengambil gambar ketika bercuti, menghadiri acara, menangkap gambar makanan atau menghasilkan kandungan media sosial.

Selain itu, kedua-dua model turut menyokong AI Ultra Zoom sehingga 120x, rakaman video 4K HDR10+, fungsi Leica Live Moment serta penarafan IP68 untuk rintangan air dan habuk.

Anggaran bajet: RM2,399 hingga RM2,899
Sesuai untuk: Pengguna yang kerap mengambil gambar, mahukan bateri besar dan mencari prestasi flagship pada harga bawah RM3,000.

4. Pergi Konsert — Sebab Ada Rasa Yang Hanya Muzik Langsung Boleh Beri

Mendengar lagu kegemaran melalui earphone memang menyeronokkan. Tetapi menikmati muzik secara langsung bersama ribuan peminat lain memberikan pengalaman yang berbeza.

Tahun 2026 juga menjadi tahun yang meriah buat peminat muzik di Malaysia, dengan pelbagai konsert berskala besar. Antara yang mencuri perhatian termasuk My Chemical Romance South East Asia 2026, BTS World Tour ‘Arirang’ in Kuala Lumpur dan Evanescence Live in Kuala Lumpur 2026, selain konsert artis Malaysia seperti Konsert Tradisional Gema Bumantara Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir: Suara Rakyat.

Harga tiket konsert di Malaysia biasanya bermula sekitar RM200 hingga RM1,500, bergantung kepada artis dan zon tempat duduk. Untuk kebanyakan konsert, bajet RM300 hingga RM600 sudah memadai untuk mendapatkan tempat duduk yang memuaskan.

Anggaran bajet: RM200 hingga RM1,500
Tips: Pantau saluran jualan tiket rasmi dan daftar pra-jualan lebih awal untuk konsert berskala besar.

5. Staycation Di Hotel Mewah — Cuti Tanpa Perlu Terbang Ke Mana-mana

Percutian tidak semestinya perlu bermula dengan tiket kapal terbang. Kadang-kadang, dua malam di hotel yang selesa sudah cukup untuk memberi rasa rehat yang berbeza.

Di Kuala Lumpur, hotel seperti Sofitel Kuala Lumpur Damansara, The RuMa Hotel Bukit Bintang, InterContinental KL dan Shangri-La Kuala Lumpur sering menawarkan bilik premium pada harga sekitar RM400 hingga RM800 semalam, bergantung kepada tarikh dan promosi.

Untuk pengalaman yang lebih santai, anda juga boleh mempertimbangkan villa dengan kolam renang peribadi di sekitar Kuala Lumpur atau Selangor. Pilihan seperti ini lebih berbaloi jika pergi bersama pasangan atau kumpulan kecil.

Anggaran bajet: RM400 hingga RM1,500
Tips: Tempah pada hari bekerja dan cari pakej yang sudah termasuk sarapan atau kredit F&B.

6. Shopping Spree Kecil — Naik Taraf Almari Pakaian

Ada rasa tertentu apabila anda memakai pakaian yang benar-benar sesuai. Potongannya kena, warnanya cantik dan kualitinya terasa lebih baik.

Dengan bajet sekitar RM500 hingga RM2,000, anda boleh menyegarkan semula almari pakaian tanpa perlu membeli terlalu banyak barang. Fokus kepada beberapa item utama yang mudah dipadankan, seperti blazer, kasut, beg, jam tangan atau pakaian harian yang lebih kemas.

Pilih kualiti berbanding kuantiti. Satu item yang benar-benar sesuai dan kerap dipakai lebih berbaloi daripada banyak pakaian yang akhirnya hanya tersimpan dalam almari.

Anggaran bajet: RM300 hingga RM2,000
Tips: Pilih item asas yang versatil supaya boleh dipadankan dengan pelbagai gaya dan dipakai berulang kali.

7. Spa Day Atau Wellness Experience — Hadiah Untuk Badan Yang Sudah Penat Bekerja

Selepas bekerja keras sepanjang enam bulan pertama tahun ini, spa atau wellness day boleh menjadi cara mudah untuk memberi ruang kepada badan dan minda berehat seketika.

Pakej spa di Malaysia biasanya menawarkan rawatan seperti urutan tradisional Melayu, urutan batu panas, rawatan wajah, aromaterapi dan akses kepada kemudahan seperti steam room, jacuzzi atau bilik rehat.

Spa premium di Kuala Lumpur, Pulau Pinang atau tempat peranginan di tepi pantai biasanya menawarkan pakej harian sekitar RM200 hingga RM600 seorang. Untuk pengalaman lebih istimewa, beberapa resort turut menawarkan pakej spa bersama penginapan satu malam.

Anggaran bajet: RM200 hingga RM1,500
Tips: Semak promosi hari bekerja kerana pakej spa biasanya lebih murah berbanding hujung minggu.

Kesimpulan

Tidak semua pilihan dalam senarai ini perlu dilakukan sekaligus. Mungkin cukup satu sahaja — sama ada bercuti, menikmati makanan yang sudah lama ingin dicuba, pergi konsert atau menaik taraf telefon yang digunakan setiap hari.

Bonus pertengahan tahun bukan sekadar tambahan dalam akaun bank. Ia juga satu bentuk penghargaan atas usaha yang sudah dilakukan sepanjang enam bulan lalu.

Pilih sesuatu yang benar-benar memberi kegembiraan kepada diri sendiri. Lakukan dengan bijak, dan nikmati hasil kerja keras anda sepenuh hati.

Apa yang pasti, untuk menikmati semua pengalaman ini dan merakam setiap kenangan dengan lebih baik, telefon dengan kamera dan pretasi yang boleh diharapkan pasti menjadi pelengkap yang berguna.

Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –