Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 25 Jun hingga 30 Jun 2026, selaras dengan pergerakan purata harga pasaran petroleum antarabangsa yang menunjukkan trend lebih rendah berbanding minggu sebelumnya.
Menerusi pengumuman Kementerian Kewangan, harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi masing-masing diturunkan sebanyak 25 sen seliter, manakala harga diesel di Semenanjung Malaysia pula dikurangkan sebanyak 30 sen seliter.
RON97, RON95 Dan Diesel Semenanjung Turun
Bagi tempoh 25 Jun hingga 30 Jun 2026, harga runcit bahan api ditetapkan seperti berikut:
- RON97:
Turun 25 sen kepada RM4.10 seliter
- RON95 tanpa subsidi:
Turun 25 sen kepada RM3.47 seliter
- Diesel Semenanjung Malaysia:
Turun 30 sen kepada RM4.07 seliter
Sementara itu, harga bahan api bersubsidi kekal seperti berikut:
- RON95 Bersubsidi (BUDI95):
Kekal pada RM1.99 seliter
- Petrol Bersubsidi (SKPS):
Kekal pada RM2.05 seliter
- Diesel Bersubsidi (SKDS):
Kekal pada RM2.15 seliter
- Diesel Sabah, Sarawak dan Labuan:
Kekal pada RM2.15 seliter
Penurunan minggu ini dilihat seiring dengan perkembangan yang lebih positif dalam pasaran minyak global susulan penyederhanaan harga minyak mentah serta situasi geopolitik yang menunjukkan tanda-tanda lebih stabil berbanding sebelum ini.
Kerajaan Terus Perkukuh Bekalan Dan Subsidi Bersasar
Walaupun harga bahan api semakin rendah, kerajaan menegaskan bahawa beberapa risiko masih wujud, termasuk proses pemulihan rantaian bekalan global, tahap inventori petroleum serta ketidaktentuan dalam rundingan damai yang boleh memberi kesan kepada pasaran tenaga dunia.
Dalam masa sama, kerajaan memaklumkan usaha memperkukuh keterjaminan bekalan bahan api negara terus dilaksanakan melalui kerjasama strategik dengan rakan antarabangsa serta pendekatan subsidi bersasar bagi melindungi golongan yang memerlukan.
Kementerian Kewangan turut mengingatkan bahawa harga petroleum bersubsidi akan terus dikekalkan bagi penerima yang layak, termasuk di bawah program BUDI95 dan SKDS, bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup serta memastikan sektor-sektor penting negara dapat terus beroperasi dengan lancar.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga Minyak 20–26 Ogos 2026: RON97, RON95 dan Diesel Naik Sehingga 20 Sen Seliter