ZUS Coffee Kinda Adult Meal Tampil Dengan Koleksi ZUS Buddy Bertemakan Dunia Kerja
Kesibukan di pejabat kadangkala membuatkan golongan pekerja tidak menang tangan sehinggakan waktu makan tengah hari pun berlalu begitu sahaja. Memahami situasi ini, ZUS Coffee membawakan sedikit kelainan untuk memberikan keceriaan kepada semua.
Bermula 3 Jun, ZUS Coffee melancarkan set hidangan Kinda Adult Meal. Konsep yang digunakan daripada set hidangan kanak-kanak ini menawarkan kombinasi makanan, minuman, dan barangan pengumpul. Dengan harga RM34.90, pelanggan akan menerima 1 makanan, 1 minuman, dan 1 mainan mini daripada koleksi ZUS BUDDY (Work In Progress Collection).
1. Pilihan Menu Pastri Baharu
Set hidangan ini turut memperkenalkan beberapa menu pastri baharu daripada ZUS Coffee yang boleh dipilih oleh pelanggan:
- Tom Yum Tuna Roti Canai Wrap: Kombinasi kepingan tuna berintikan rasa tomyam, dibalut dengan roti canai.
- Rendang Roti Canai Wrap: Menu berkonsepkan rasa tempatan yang menampilkan inti rendang di dalam balutan roti canai.
- Cheesy Sausage Roll: Sosej yang digandingkan bersama keju dan lapisan pastri.
Selain tiga pastri baharu tersebut, pelanggan turut boleh memilih beberapa pilihan makanan lain seperti Berry Mousse Cake, Chocolate Mousse Cake, Green Tea Cheese Mousse Cake dan Honey Toast sebagai sebahagian daripada set Kinda Adult Meal.
2. Koleksi Mainan ZUS BUDDY (Work In Progress)

Setiap pembelian akan disertakan dengan satu mainan secara rawak. Koleksi kali ini menampilkan reka bentuk watak yang berasaskan persekitaran dan ragam dunia pekerjaan. Terdapat 6 watak utama, 2 watak rahsia, dan 1 watak eksklusif platform penghantaran:
- Porta Pal
- Frappe Fren
- Choco Chipster
- Blue Buddy
- Pinky Boo
- Bean Boss
- Zen Cha (Watak rahsia)
- Mama Puff (Watak rahsia)
- GRAB BUDDY (Eksklusif di Grabfood)
Promosi ini tersedia melalui aplikasi ZUS untuk pesanan ambil sendiri (pickup) bermula 3 hingga 9 Jun 2026 atau sehingga stok habis. Ia tidak ditawarkan untuk pesanan walk-in, penghantaran melalui aplikasi ZUS atau platform penghantaran lain.
Cara Memesan Melalui Aplikasi ZUS
Bagi memudahkan urusan pembelian tanpa perlu beratur panjang, pelanggan digalakkan membuat pesanan awal untuk diambil di cawangan melalui aplikasi rasmi:
- Buka aplikasi ZUS App dan pilih tetapan ‘Pickup’ (Ambil di cawangan).
- Pilih bahagian menu ‘Kinda Adult Meal’.
- Tentukan pilihan makanan, minuman, serta mainan ZUS BUDDY anda.
- Lakukan bayaran di halaman ‘Checkout’ dan pesanan anda sedia untuk diambil.
Pelanggan juga boleh memilih daripada pelbagai minuman terpilih termasuk Spanish Latte, CEO Latte, Americano, Matcha Latte, Matcha Cloud Latte, Double Chocolate Chip Frappe, Buttercreme Latte, Thai Milk Tea, Australian Chocolate dan Pink Lemonade. Sebarang penambahan seperti espresso tambahan, sirap atau susu alternatif akan dikenakan caj berasingan.
Perlu diingatkan bahawa pilihan makanan adalah tertakluk kepada ketersediaan stok di setiap cawangan ZUS Coffee. Kempen ini dijalankan selagi stok masih ada, dan memandangkan terdapat watak rahsia yang menjadi rebutan para pengumpul, item ini dijangka akan habis dalam tempoh yang singkat.
Bagi anda yang ingin mengumpul koleksi hiasan meja pejabat ini, pastikan anda membuat pesanan hari ini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads
