June 10, 2026

Boss Birthday Month Soru Station: Menu Popular Serendah RM5 Selama 3 Hari

soru-station-birthday-bos

Kalau anda rasa harga RM5 zaman sekarang cuma cukup untuk secawan kopi, mungkin anda kena tengok promo terbaru daripada Soru Station.

Sempena sambutan “Boss Birthday Month”, Soru Station kini menawarkan beberapa menu popular mereka pada harga serendah RM5 sahaja untuk tempoh terhad selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Mei 2026.

Antara menu yang termasuk dalam promosi ini ialah:

  • Chicken Chop Crispy – RM5
  • Spaghetti Bolognese – RM5
  • Roti Canai Curry Chicken – RM5

Beberapa menu ini juga merupakan menu baharu yang baru diperkenalkan di outlet mereka.

Apa yang paling mencuri perhatian semestinya Chicken Chop Krispy mereka yang biasanya dijual pada harga RM11.90, kini ditawarkan pada harga RM5 sepanjang tempoh promosi. Spaghetti Bolognese yang sebelum ini berharga RM8.90 dan Roti Canai Curry Chicken bernilai RM7.90 turut diturunkan kepada RM5.

Menariknya, promo birthday month ini tidak berhenti setakat menu RM5 sahaja. Soru Station turut mengumumkan promosi khas untuk beberapa menu Jumbo Plate dan XL Plate Series sepanjang 1 hingga 30 Jun 2026.

Antara menu yang ditawarkan termasuk:

Jumbo Plate Series

  • Chicken Jumbo – RM45 (asal RM49.90)
  • Stacked Jumbo – RM50 (asal RM55.90)
  • Lamb Jumbo – RM75 (asal RM79.90)

XL Plate Jumbo Series

  • Pasta XL – RM10
  • Chicken XL – RM17
  • Stacked XL – RM18
  • Lamb XL – RM23

Hidangan jumbo ini hadir dengan portion yang jauh lebih besar lengkap dengan fries, pasta, gravy dan side dish tambahan.

Promosi ini tersedia di semua cawangan sepanjang waktu operasi restoran dari jam 12.00 tengah hari hingga 12.00 malam.

Seperti biasa, promosi adalah tertakluk kepada terma dan syarat outlet serta sementara stok masih tersedia.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook (Soru Station) dan Instagram (@sorustation).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads