Potato Corner Tawar Diskaun 50% Untuk Jumbo Fries Dengan Pembelian Jumbo Pizza Bites
Gaji baru masuk, perut pun mula minta sesuatu yang sedap. Dalam minggu payday ini, Potato Corner Malaysia membawakan tawaran khas untuk mereka yang mahu melayan craving tanpa perlu berbelanja terlalu besar.
Mulai 25 hingga 31 Mei 2026, pelanggan boleh menikmati diskaun 50% untuk Jumbo Coated Fries dengan setiap pembelian Jumbo Pizza Bites. Tawaran ini memberi pilihan lebih berbaloi buat peminat Potato Corner yang mahu menikmati snek yang lebih lengkap dalam satu pesanan.
Jika selama ini anda lebih biasa memilih fries ikonik mereka, promosi kali ini boleh jadi peluang untuk mencuba Jumbo Pizza Bites bersama Jumbo Coated Fries. Gabungan snek panas dan rangup ini sangat sesuai dinikmati ketika minum petang, selepas waktu kerja atau ketika keluar bersama rakan.
Promosi ini hanya sah untuk pembelian secara walk-in di cawangan Potato Corner yang mengambil bahagian. Setiap resit pembelian pula hanya layak untuk satu penebusan sahaja.
Bagi yang mahu memanfaatkan tawaran ini, pastikan anda singgah sebelum 31 Mei 2026. Promosi adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Potato Corner Malaysia.
Untuk maklumat lnjut, ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook (Potato Corner Malaysia) dan Instagram (@potatocornermalaysia).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads
