Bila gaji dah masuk, inilah masa yang sesuai untuk reward diri dengan kopi atau snek ringan. Shell Café kini kembali dengan PayDay Deals yang berlangsung dari 25 hingga 27 haribulan setiap bulan, eksklusif melalui Shell App.
Antara tawaran yang tersedia untuk bulan ini ialah:
- Matcha pada harga RM4.90 (harga asal RM10)
- Choco Roll atau Tuna Puff pada harga RM2.50 (harga asal RM5)
Promosi ini tersedia di outlet Shell Café dan Deli2Go terpilih di seluruh Malaysia, selagi stok masih ada. Untuk menikmati promosi ini, pengguna hanya perlu menebus baucar melalui Shell App dan menunjukkannya semasa membuat pembayaran.
Menariknya, promosi ini dijalankan setiap bulan sepanjang tahun 2026. Jadi, ia boleh dijadikan sebagai rutin hari gaji untuk self reward, terutama bagi mereka yang kerap singgah ke Shell untuk mengisi minyak.
Namun begitu, setiap pengguna hanya boleh membuat satu penebusan bagi setiap bulan kalendar sepanjang tempoh promosi. Tawaran ini juga tidak boleh digabungkan dengan promosi lain, dipindah milik atau ditebus dalam bentuk tunai.
Bagi yang selalu singgah ke Shell untuk isi minyak atau mendapatkan booster, anda boleh tandakan kalendar untuk menikmati minuman dan pastri pada harga lebih rendah.
Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Shell di Facebook (Shell) dan Instagram (@shell_malaysia).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads

The Chicken Rice Shop Raikan Bulan Kemerdekaan Dengan Combo Local Lah RM16.90
Kenangan Coffee Capai 200 Cawangan di Malaysia, Raikan dengan Tawaran Minuman Kedua Hanya RM2
Promosi 8.8 2026: Pelbagai Tawaran F&B Menarik Untuk Anda Nikmati Minggu Ini
Krispy Kreme Tawar 8 Donut Mini Original Glazed Hanya RM8 Untuk Satu Hari Sahaja
Ahli IKEA Family Boleh Nikmati Alaska Pollock Fish and Chips pada Harga RM9.45 Setiap Rabu
Beutea Merdeka Special: Nikmati Minuman Pilihan Pada Harga RM6.90 Sepanjang Ogos