7-Eleven kini menawarkan Kombo RM7.90 yang sesuai untuk mereka yang mahukan pilihan makanan segera, mudah dan lebih bajet. Untuk kali ini, kami cuba gabungan Wrap Ayam Lada Hitam bersama Iced Latte.
Wrap Ayam Lada Hitam hadir sebagai pilihan makanan yang mudah dimakan, terutama untuk anda yang sedang mencari sesuatu yang tidak terlalu berat. Dengan inti ayam berperisa lada hitam, menu ini boleh menjadi pilihan untuk sarapan cepat, makan ringan atau alas perut ketika sibuk.
Iced Latte pula melengkapkan kombo ini sebagai minuman sejuk untuk dipadankan bersama wrap. Dari segi harga, gabungan makanan dan minuman pada RM7.90 ini memang nampak berbaloi, lebih-lebih lagi untuk mereka yang selalu mencari pilihan grab-and-go di kedai serbaneka.
Namun, macam biasa, harga murah saja belum tentu cukup. Yang penting, adakah rasanya berbaloi dengan harga atau sekadar sesuai untuk makan cepat?
Tonton video penuh di bawah
@hrga.my Unwrap kali ni kita cuba Kombo RM7.90 dari 7-Eleven 👀 Wrap Ayam Lada Hitam + Iced Latte untuk harga bawah RM10, nampak macam pilihan yang mudah untuk makan cepat. Tapi rasa dia okay ke tak? 🤔 #7eleven #7elevenmalaysia #chickenwrap #icedlatte #foodcombo
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20
KK Day: Nikmati Tawaran Beli 1 Percuma 1 Nestle Drumstick di KK MART pada 22 Ogos