June 10, 2026

Marrybrown Tawar Promosi Ayam Gangjeong Mulai RM12.90, Eksklusif di MB App

marrybrown-ayam-gangjeong

Nak cuba menu berinspirasikan Korea dengan harga lebih berbaloi? Marrybrown kini menawarkan beberapa tawaran eksklusif sempena kembalinya menu Ayam Gangjeong menerusi aplikasi MB App.

Ayam Gangjeong ini mengetengahkan gabungan Ayam Goreng MB yang rangup bersama sos manis pedas berinspirasikan Korea. Setiap hidangan dilapisi sos yang cukup pekat, memberikan rasa rangup, sedikit pedas dan savoury dalam satu suapan.

Promosi ini berlangsung dari 19 Mei hingga 6 Julai 2026 dan merangkumi beberapa pilihan set serta tawaran potongan harga bagi menu Ayam Gangjeong, Gangjeong Rice Bowl serta Ayam Gangjeong Burger.

Tawaran Ayam Gangjeong Di MB App

Antara promosi yang ditawarkan adalah:

1. Gangjeong Rice Bowl + Coca-Cola (R) – RM12.90

Pilihan ini sesuai untuk mereka yang mahukan hidangan lebih ringkas tetapi masih lengkap dengan nasi, ayam Gangjeong dan minuman.

2. Ayam Gangjeong Burger + Gangjeong Rice Bowl – RM19.90

Untuk yang mahu mencuba dua menu sekali gus, set ini menggabungkan Ayam Gangjeong Burger bersama Gangjeong Rice Bowl pada harga di bawah RM20.

3. 2-pc Ayam Gangjeong – 50% untuk pembelian kedua

Tawaran ini memberikan potongan 50% untuk pembelian kedua bagi 2 ketul Ayam Gangjeong, menawarkan pilihan lebih berbaloi berbanding harga biasa.

4. Buy 2 Free 1 Ayam Gangjeong Burger – RM29.80

Bagi mereka yang mahu membeli untuk dikongsi bersama rakan atau keluarga, tawaran ini membolehkan pelanggan mendapatkan 3 Ayam Gangjeong Burger dengan pembelian 2 burger.

Perlu Tebus Melalui MB App

Semua tawaran ini hanya boleh ditebus melalui MB App. Pelanggan perlu menunjukkan baucar daripada aplikasi di kaunter sebelum membuat pesanan. Perlu diingat, baucar mesti ditunjukkan terus daripada aplikasi dan screenshot adalah tidak diterima.

Setiap baucar hanya sah untuk satu penebusan bagi setiap pelanggan dalam satu transaksi. Selepas ditebus, tawaran akan dimuat semula selepas 24 jam.

Promosi ini sah untuk makan di restoran dan bawa pulang sahaja, serta tertakluk kepada had penebusan harian dan stok yang masih tersedia.

Tidak Sah di Beberapa Lokasi

Promosi ini boleh ditebus di cawangan Marrybrown yang mengambil bahagian sahaja. Ia tidak sah di semua cawangan lapangan terbang, Genting Highlands, Johor Premium Outlet dan Sunway Lagoon.

Selain itu, item promosi dan konfigurasi menu mungkin berbeza mengikut lokasi.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook (Marrybrown) dan Instagram (@marrybrownmy).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads