Nasi Xiang Raikan Pembukaan di IOI City Mall Dengan Menu Signature Serendah RM7.95
Nasi Xiang kini meraikan pembukaan kedai mereka di Food Junction, IOI City Mall dengan tawaran menarik untuk menu Signature Ayam Cili Kering With Rice, khas buat pelanggn yang mahu mencuba hidangan pedas pada harga lebih rendah.
Satu set Signature Ayam Cili Kering With Rice boleh didapati pada harga RM7.95 sahaja, berbanding harga biasa RM15.90. Dengan potongan separuh harga ini, ia boleh menjadi pilihan menarik untuk mereka yang mahu mencuba nasi berlauk ayam cili kering di sini.
Signature Ayam Cili Kering With Rice Kini RM7.95 Sahaja
Menu Signature Ayam Cili Kering With Rice ini sesuai untuk mereka yang sukakan hidangan berasaskan ayam dengan rasa pedas dan berempah. Hidangan ini hadir bersama nasi putih dan ayam goreng yang digaul dengan cili kering, menjadikannya pilihan yang menyelerakan untuk peminat makanan pedas.
Dengan harga promosi RM7.95, tawaran ini boleh dikatakan cukup berbaloi, terutama untuk pelanggan yang mahu mencuba menu signature Nasi Xiang sementara ia masih ditawarkan pada harga pembukaan.
Terhad Kepada 100 Penebusan Pertama Setiap Hari
Namun, promosi ini hanya terhad kepada 100 penebusan pertama setiap hari. Jadi, pelanggan yang berminat disarankan untuk datang lebih awal kerana tawaran ini mungkin habis dengan cepat, terutama pada waktu makan tengah hari atau hujung minggu.
Promosi ini juga tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Nasi Xiang.
Diskaun 50% Berlangsung Hingga 24 Mei 2026
Promosi pembukaan Nasi Xiang ini berlangsung dari 11 Mei hingga 24 Mei 2026. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh mendapatkan Signature Ayam Cili Kering With Rice pada harga RM7.95 di cawangan Nasi Xiang yang terletak di Food Junction, IOI City Mall.
Bagi pengunjung IOI City Mall, tawaran ini boleh menjadi pilihan makan yang lebih menjimatkan, terutamanya jika anda mahu mencuba sesuatu yang rangup, pedas dan mengenyangkan pada harga bawah RM8.
Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Food Junction di Facebook Food Junction Malaysia.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
