Promosi F&B Hari Guru 2026: Senarai Tawaran Istimewa Untuk Warga Pendidik di Malaysia
Hari Guru merupakan antara sambutan penting untuk menghargai jasa para pendidik yang banyak membimbing dan membentuk generasi akan datang. Sempena Hari Guru 2026, pelbagai jenama makanan dan minuman turut tampil dengan tawaran istimewa untuk meraikan insan yang banyak berjasa ini.
Daripada diskaun khas untuk guru, promosi beli 1 percuma 1, set minuman, hidangan berkumpulan sehingga pencuci mulut, senarai ini boleh menjadi rujukan untuk guru yang mahu menikmati sedikit ganjaran atau sesiapa sahaja yang ingin belanja cikgu sebagai tanda penghargaan. Berikut adalah antara promosi Hari Guru yang boleh anda semak.
1. Tealive

Sempena Hari Guru, Tealive menawarkan promosi 2 minuman Rich Matcha pada harga RM18 melalui aplikasi Tealive.
Tarikh: 15 – 16 Mei 2026
Kod promo: LOVECIKGU
Terma dan syarat:
- Sah melalui Tealive App sahaja
- Perlu menggunakan kod promo LOVECIKGU
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook Tealive Asia
2. The Coffee Bean & Tea Leaf

The Coffee Bean & Tea Leaf menawarkan diskaun 20% untuk pembelian makanan, minuman dan merchandise dalam satu resit sempena Hari Guru. Promosi ini terbuka kepada individu dalam sektor pendidikan.
Tarikh: 16 Mei 2026
Terma dan syarat:
- Sah untuk pembelian di kedai sahaja
- Perlu menunjukkan pas kerja, tag nama atau staff ID yang sah
- Terbuka kepada individu dalam sektor pendidikan
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia
3. Marrybrown

Marrybrown membawakan promosi Buy 1 Free 1 untuk Bubur Ayam MB Combo sempena Hari Guru. Promosi ini khas untuk guru dengan ID kerja yang sah dan perlu ditebus menggunakan baucar dalam aplikasi MB.
Terma dan syarat:
- Eksklusif untuk guru dengan work ID yang sah
- Perlu menunjukkan app voucher di kaunter sebelum membuat pesanan
- Sah di semua outlet Marrybrown kecuali airport, Genting Highlands, Johor Premium Outlet dan Sunway Lagoon
- Terhad kepada 1 penebusan bagi setiap pelanggan untuk setiap transaksi
Maklumat lanjut: Facebook Marrybrown
4. San Francisco Coffee

San Francisco Coffee menawarkan promosi 2 minuman regular-sized Blooming Indulgence pada harga RM20. Promosi ini melibatkan pilihan Ice Coffee Jasmine Latte dan Iced Matcha Jasmine Latte.
Tarikh: 16 Mei 2026
Minuman terlibat:
- Ice Coffee Jasmine Latte
- Iced Matcha Jasmine Latte
Terma dan syarat:
- Sah untuk minuman saiz regular sahaja
- Sah untuk dine-in dan takeaway
- Tidak sah untuk penghantaran makanan
- Tidak boleh digabungkan dengan diskaun, promosi atau stamp dalam aplikasi loyalty SF
- Sah di semua outlet San Francisco Coffee kecuali Sunway Lagoon
- Tertakluk kepada ketersediaan stok
Maklumat lanjut: Facebook San Francisco Coffee
5. A&J Grill Western

A&J Grill Western menawarkan combo Hari Guru pada harga RM20 yang merangkumi Chocolate Leley dan mana-mana cake slice.
Tarikh: 12 – 19 Mei 2026
Lokasi: A&J Grill Western Sungai Buloh
Terma dan syarat:
- Harga biasa combo ialah RM26.80
- Sah dalam tempoh promosi sahaja
- Tertakluk kepada ketersediaan stok
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook A&J Grill Western
6. J.CO Donuts & Coffee

J.CO Donuts & Coffee menawarkan promosi 2 box J.POPS pada harga RM40 sempena Hari Guru.
Tarikh: 15 – 16 Mei 2026
Terma dan syarat:
- Sah untuk pembelian 2 box J.POPS
- Promosi khas sempena Hari Guru
- Tertakluk kepada ketersediaan stok
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook J.CO Donuts & Coffee Malaysia
7. Ayam Pak Sheikh

Ayam Pak Sheikh menawarkan diskaun 10% untuk semua menu khas buat guru di Malaysia.
Tarikh: Bermula 16 Mei 2026
Lokasi: Outlet Ayam Pak Sheikh yang mengambil bahagian
Terma dan syarat:
- Promosi khas untuk guru
- Sah di outlet yang mengambil bahagian sahaja
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook Ayam Pak Sheikh
8. Volcano Shabu Shabu Cyberjaya

Volcano Shabu Shabu Cyberjaya menawarkan promosi khas untuk guru dengan Patin Fish 3 slices percuma apabila menunjukkan Teacher ID. Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati diskaun berkumpulan bergantung kepada jumlah orang yang hadir.
Tarikh: 15 – 17 Mei 2026
Diskaun berkumpulan:
- Group of 5 – Diskaun 5%
- Group of 10 – Diskaun 10%
- Group of 15 – Diskaun 15%
Terma dan syarat:
- Perlu menunjukkan Teacher ID
- Reservation digalakkan untuk kumpulan besar
- Sah dalam tempoh promosi sahaja
- Tertakluk kepada ketersediaan stok dan terma semasa
Maklumat lanjut: Facebook Volcano Shabu Shabu Cyberjaya
9. MONJO Coffee

MONJO Coffee menawarkan diskaun 15% untuk guru yang menunjukkan Teacher ID. Selain itu, terdapat juga Thank You Notes percuma untuk guru sebagai tanda penghargaan sempena Hari Guru.
Tarikh: 16 – 23 Mei 2026
Terma dan syarat:
- Perlu menunjukkan Teacher ID
- Promosi khas untuk guru
- Sah dalam tempoh promosi sahaja
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook MONJO Coffee
10. Nasken Coffee

Nasken Coffee menawarkan promosi Buy 1 Free 1 untuk minuman terpilih sempena Hari Guru. Promosi ini khas untuk guru dan sah di semua cawangan Nasken Coffee kecuali Airport.
Tarikh: 16 – 18 Mei 2026
Masa: 7.00 pagi – 10.00 pagi dan 6.00 petang – 8.00 malam
Lokasi: Semua cawangan Nasken Coffee kecuali Airport
Minuman terpilih:
- Latte
- Spanish Latte
- Americano
- Latte Buttercream
- Passionfruit Tea Sparkling
Terma dan syarat:
- Promosi khas untuk guru sahaja
- Pelanggan wajib menunjukkan bukti sebagai guru
- Pelanggan wajib mengikuti media sosial Nasken Coffee di Facebook, Instagram, TikTok dan Threads
- Pelanggan perlu menunjukkan posting promosi semasa penebusan
- Sah untuk pembelian di kaunter sahaja
- Tertakluk kepada ketersediaan stok di setiap cawangan
- Tidak sah digabungkan dengan promosi, diskaun atau voucher lain
- Pihak Nasken Coffee berhak mengubah terma dan syarat tanpa notis awal
Maklumat lanjut: Facebook Nasken Coffee
11. Kopi Raket

Kopi Raket menawarkan promosi Buy 1 Free 1 untuk semua minuman terpilih sempena Hari Guru. Promosi ini khas untuk warga pendidik yang menunjukkan bukti sebagai guru.
Tarikh: 16 Mei 2026
Masa: 5.00 petang – 11.00 malam
Kod promo: HARIGURU
Terma dan syarat:
- Sah pada 16 Mei 2026 sahaja
- Perlu menunjukkan bukti sebagai warga pendidik
- Sah untuk semua jenis minuman kecuali Local Drink
- Minuman percuma adalah sama harga atau lebih rendah daripada minuman yang dibeli
- Setiap penebusan hanya sah untuk sekali tebus
- Hanya satu resit dan satu nombor telefon layak untuk satu penebusan promosi
Maklumat lanjut: Facebook Kopi Raket
12. Pizza Hut

Pizza Hut menawarkan potongan RM18 untuk setiap pembelian Regular Pizza sempena Hari Guru. Pelanggan perlu menunjukkan post promosi untuk membuat penebusan.
Tarikh: 16 Mei 2026
Terma dan syarat:
- Sah untuk Regular Pizza
- Perlu menunjukkan post promosi untuk redeem
- Sah di selected stores sahaja
- Tidak sah di Genting Highland, PHX dan KLIA2
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Instagram Pizza Hut Malaysia
13. Pastryfeel

Pastryfeel menawarkan harga promosi untuk pilihan sweet treats sempena Hari Guru.
Tarikh: Sehingga 20 Mei 2026
Pilihan promosi yang dipaparkan:
- Mixed Chouxnut
- Golden Treat Set
- Standard Cake
Terma dan syarat:
- Pre-order digalakkan sebelum slot penuh
- Promosi tersedia untuk tempoh terhad
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook Pastryfeel
14. The India Gate Restaurant

The India Gate Restaurant menawarkan diskaun 10% untuk guru bagi pembelian dine-in sempena Hari Guru. Guru hanya perlu membawa ID guru untuk menikmati promosi ini.
Tarikh: 16 – 17 Mei 2026
Terma dan syarat:
- Promosi khas untuk guru
- Sah untuk dine-in sahaja
- Perlu menunjukkan ID guru
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook The India Gate Restaurant
15. Bask Bear Coffee

Bask Bear Coffee menawarkan Muffin & Drink Combo pada harga RM9.90 sempena Hari Guru, dengan kerjasama Yayasan Didik Negara. Promosi ini eksklusif melalui aplikasi Bask Bear.
Tarikh: 15 – 17 Mei 2026
Platform: Bask Bear App sahaja
Pilihan muffin:
- Salted Lemon Muffin
- Double Choc Chip Muffin
- Banana Choc Chip Muffin, untuk Sabah sahaja
Pilihan minuman kecil:
- Café Latte
- Sea Salt Chocolate Chip
- Japanese Matcha Latte
Terma dan syarat:
- Eksklusif melalui Bask Bear App
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook Bask Bear Coffee
16. Me’nate Steak Hub

Me’nate Steak Hub menawarkan diskaun 15% untuk semua menu khas buat guru dan warga pendidik sempena Hari Guru. Promosi ini sah untuk dine-in sahaja di semua outlet Me’nate.
Tarikh: 16 Mei 2026
Lokasi: Semua outlet Me’nate
Terma dan syarat:
- Eksklusif untuk guru dan warga pendidik
- Perlu menunjukkan Teacher/Educator ID untuk pengesahan
- Sah untuk dine-in sahaja
- Tidak sah digabungkan dengan promosi atau diskaun lain
- Harga tidak termasuk 5% caj servis dan 6% SST
Maklumat lanjut: Facebook Me’nate Steak Hub
17. myBurgerLab

myBurgerLab menawarkan diskaun 50% untuk set Single Patty Burger kedua apabila membeli 1 set Single Patty Burger.
Tarikh: 16 Mei 2026
Lokasi: Semua cawangan myBurgerLab
Terma dan syarat:
- Sah untuk set Single Patty Burger kedua
- Perlu menunjukkan membership myBL dan Teacher’s ID
- Promosi khas sempena Hari Guru
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook myBurgerLab
18. Kenny Rogers ROASTERS

Kenny Rogers ROASTERS menawarkan Meal for 6 pada harga RM101 sempena Hari Guru.
Tarikh: 16 Mei 2026
Lokasi: Semua restoran KRR Malaysia
Terma dan syarat:
- Sah untuk dine-in sahaja
- Sah pada 16 Mei 2026 sahaja
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook Kenny Rogers ROASTERS Malaysia
19. Gigi Coffee

Gigi Coffee menawarkan promosi beli 1 minuman dan dapatkan minuman kedua pada harga RM6.90. Promosi ini sah untuk semua minuman kecuali Espresso dan Americano, serta boleh ditebus melalui aplikasi Gigi Coffee.
Tarikh: 15 – 18 Mei 2026
Terma dan syarat:
- Sah di outlet Gigi Coffee terlibat di Malaysia
- Sah untuk pembelian 2 minuman dalam satu resit
- Terpakai untuk semua handcrafted beverages kecuali Espresso dan Americano
- Minuman kedua mestilah sama harga atau lebih rendah daripada minuman pertama
- Tidak sah untuk Bottled Drinks, Merchandise, Cakes, Pastries atau caj tambahan modifiers
- Tidak boleh digabungkan dengan promosi, voucher, promo code, set deals atau diskaun lain
- Member tier discount tidak terpakai bersama promosi ini
- Sah untuk pembelian in-app dan walk-in sahaja
- Tidak boleh ditukar kepada wang tunai atau kredit
Maklumat lanjut: Facebook Gigi Coffee
20. Yolé

Yolé Malaysia menawarkan promosi cawan kedua Yolé pada harga RM1 dengan pembelian mana-mana Yolé cup. Promosi ini hanya tersedia di Yolé Mid Valley Megamall untuk tempoh terhad.
Tarikh: 15 – 17 Mei 2026
Lokasi: Yolé, Mid Valley Megamall
Terma dan syarat:
- Sah dengan pembelian mana-mana Yolé cup
- Sah di Yolé Mid Valley Megamall sahaja
- Terhad kepada saiz cup terpilih dan terma promosi
- Tertakluk kepada ketersediaan stok
- Tidak sah digabungkan dengan promosi atau diskaun lain
- Yolé berhak mengubah terma tanpa notis awal
Maklumat lanjut: Facebook Yolé Malaysia
21. KOPIHUT

KOPIHUT menawarkan diskaun 10% untuk ahli KOPIHUT khas buat para pendidik sempena Hari Guru. Pelanggan hanya perlu menunjukkan kad staf guru untuk menikmati promosi ini.
Tarikh: 14 – 16 Mei 2026
Lokasi: Semua cawangan KOPIHUT yang terlibat
Terma dan syarat:
- Khas untuk para pendidik
- Perlu menunjukkan kad staf guru
- Sah di cawangan KOPIHUT yang terlibat sahaja
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook KOPIHUT
22. MOMOYO

MOMOYO menawarkan promosi Buy 1 Free 1 untuk pilihan Matcha Treats di semua outlet.
Tarikh: Sehingga 17 Mei 2026
Lokasi: Semua outlet MOMOYO
Pilihan terlibat:
- Fresh Watermelon Matcha
- OG Matcha Latte
- Matcha Ice Cream Milk Tea
- Triple Matcha Baby YoFlip
- Matcha Strawberry Latte
- Matcha Brown Sugar Boba
- Matcha Black Joycone
- Matcha Egg Waffle
Terma dan syarat:
- Sah untuk item matcha terpilih
- Sah di semua outlet MOMOYO
- Tertakluk kepada ketersediaan stok
- Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
Maklumat lanjut: Facebook MOMOYO
23. Rotiboy

Rotiboy menawarkan promosi terhad sempena pelancaran Pocketboy di cawangan Rotiboy Cafe Central i-City. Promosi ini melibatkan beberapa pilihan item seperti Pocketboy dan minuman untuk tempoh terhad.
Tarikh: Sehingga 24 Mei 2026
Lokasi: Rotiboy Cafe Central i-City sahaja
Item promosi yang dipaparkan:
- Dark Chocolate Ganache Pocketboy
- Milk Chocolate Pocketboy
- Chocolate Drinks
Terma dan syarat:
- Sah di Rotiboy Cafe Central i-City sahaja
- Promosi berlangsung sehingga 24 Mei 2026
- Tertakluk kepada ketersediaan stok dan terma semasa
Maklumat lanjut: Facebook Rotiboy
Secara keseluruhan, promosi Hari Guru 2026 ini menawarkan pelbagai pilihan untuk meraikan para pendidik, sama ada melalui diskaun khas, tawaran beli 1 percuma 1, combo makanan, minuman harga istimewa atau set yang sesuai untuk dikongsi bersama rakan sekerja.
Sebelum membuat penebusan, pastikan anda menyemak syarat setiap promosi seperti tarikh sah, outlet terlibat, keperluan menunjukkan ID guru, penggunaan aplikasi serta kaedah pembelian yang ditetapkan. Ini penting kerana setiap jenama mempunyai terma berbeza dan sesetengah tawaran hanya berlangsung untuk tempoh yang sangat terhad.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
