Nak Makan Western Bawah RM10 di Cheras? Tok Ayah Western Tawar Pilihan Menu Serendah RM7.90
Makanan western di Kuala Lumpur biasanya boleh mencecah belasan atau puluhan ringgit untuk satu hidangan, terutama bagi menu seperti chicken chop, chicken grill atau pasta.
Di Tok Ayah Western Cheras, pelanggan boleh mendapatkan menu western terpilih pada harga RM7.90 setiap satu dari 3 petang hingga 7 malam, termasuk Chicken Chop, Chicken Grill, Carbonara Pasta dan Nasi Goreng Chicken Chop.
Menu Western RM7.90 Untuk Makan Petang

Antara tarikan utama di Tok Ayah Western Cheras adalah menu RM7.90 yang ditawarkan dalam tempoh masa tertentu. Pilihan ini sesuai untuk pelanggan yang mahu makan secara ringkas tetapi masih inginkan hidangan western yang mengenyangkan.
Menu yang ditawarkan pada harga RM7.90 termasuk:
- Chicken Chop
- Chicken Grill
- Carbonara Pasta
- Nasi Goreng Chicken Chop
Dengan pilihan seperti ayam, pasta dan nasi goreng, promosi ini memberi lebih banyak pilihan kepada pelanggan bergantung kepada selera masing-masing.
Pilihan Platter Untuk Makan Berkumpulan

Selain menu RM7.90, Tok Ayah Western Cheras turut menyediakan pilihan platter untuk mereka yang datang bersama rakan atau keluarga.
Antara pilihan platter yang tersedia termasuk Dulang Pak Su untuk 1 hingga 2 pax pada harga RM38.20, serta pilihan dulang untuk 3 hingga 4 pax seperti Dulang Pak Uda pada harga RM57.10 dan Dulang Pak Ngah pada harga RM57.90.
Untuk kumpulan yang lebih besar, pelanggan juga boleh memilih Dulang Pak Long yang sesuai untuk 8 hingga 10 pax pada harga RM89.90. Setiap pembelian Dulang Pak Ngah, Pak Long dan Pak Uda turut menerima percuma satu air jug, dengan pilihan sirap atau teh O ais.
Kambing Sekilo RM79.90

Bagi yang mahukan hidangan lebih berat, Tok Ayah Western Cheras juga menawarkan menu Kambing Sekilo pada harga RM79.90. Hidangan ini hadir bersama nasi goreng, kentang goreng, coleslaw dan sos black pepper.
Pilihan ini sesuai untuk dikongsi bersama-sama untuk beberapa orang, terutama bagi pelanggan yang datang secara berkumpulan atau mahu mencuba menu daging kambing dalam portion yang lebih besar.
Lokasi Dan Waktu Operasi
Tok Ayah Western Cheras terletak di 15, Jalan Indah 26, Cheras, Kuala Lumpur dan beroperasi setiap hari dari 2 petang hingga 2 pagi.
Bagi yang tidak mahu makan di kedai, pesanan juga boleh dibuat melalui Foodpanda, GrabFood, ShopeeFood dan Lalamove.
Untuk maklumat lanjut atau pesanan, pelanggan boleh menghubungi 011-3992 0079 atau ikuti media sosial mereka di Facebook (Tok Ayah Sizzling and Grill) dan Instagram (@tokayahwestern).
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
