May 14, 2026

Harga Minyak 14–20 Mei 2026: Diesel Semenanjung Turun 30 Sen, RON97 dan RON95 Tanpa Subsidi Turut Turun

harga-minyak-14-mei

Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan penurunan harga runcit petroleum bagi tempoh 14 Mei hingga 20 Mei 2026, selaras dengan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) yang mengambil kira purata harga pasaran minggu terdahulu.

Bagi minggu ini, harga diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan penurunan paling ketara sebanyak 30 sen seliter, manakala RON97 dan RON95 tanpa subsidi turut diturunkan masing-masing sebanyak 20 sen dan 15 sen seliter.

Senarai Harga Runcit Bahan Api (14 – 20 Mei 2026)

Harga berikut berkuat kuasa mulai Khamis, 14 Mei 2026:

  • RON97: 🔻 Turun 20 sen kepada RM4.70 seliter
  • RON95 tanpa subsidi: 🔻 Turun 15 sen kepada RM3.87 seliter
  • RON95 bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
  • Petrol bersubsidi (SKPS): ➡️ Kekal pada RM2.05 seliter
  • Diesel Semenanjung Malaysia: 🔻 Turun 30 sen kepada RM4.87 seliter
  • Diesel bersubsidi (SKDS): ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter

Harga ini akan berkuat kuasa sehingga 20 Mei 2026.

Penurunan Harga Susulan Pergerakan Pasaran Global

Menurut Kementerian Kewangan, penurunan harga minggu ini dibuat susulan penurunan harga pasaran antarabangsa.

Walaupun begitu, kerajaan memaklumkan bahawa harga petroleum global masih berada pada paras tinggi berbanding sebelum konflik di Asia Barat, dengan harga minyak mentah masih sekitar AS$100 setong.

Selain itu, kos logistik dan insurans yang meningkat akibat risiko gangguan laluan di Selat Hormuz turut terus memberi tekanan kepada pasaran petroleum global.

Harga Bersubsidi Terus Dikekalkan

Dalam masa sama, kerajaan meneruskan pengekalan harga petroleum bersubsidi secara bersasar bagi membantu rakyat dan sektor tertentu menghadapi keadaan pasaran global yang masih tidak menentu.

Harga RON95 BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, manakala harga diesel bersubsidi SKDS, diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan serta petrol bersubsidi SKPS turut dikekalkan.

Kerajaan MADANI turut menyeru rakyat supaya terus menggunakan bahan api secara berhemat bagi membantu memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil dan mencukupi dalam tempoh ketidaktentuan pasaran global semasa.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads