May 13, 2026

Auntea Jenny Raikan Pensijilan Halal Dengan 30,000 Minuman Percuma

auntea-jenny-halal

Bersempena pensijilan halal yang diterima, Auntea Jenny menawarkan 30,000 minuman percuma kepada pelanggan menerusi aplikasi mudah alih baharunya. Promosi ini berlangsung selama tiga hari sahaja, dari 13 hingga 15 Mei 2026.

Melalui kempen ini, pelanggan berpeluang menebus minuman bersaiz besar secara percuma dengan mendapatkan baucar khas menerusi aplikasi Auntea Jenny MY. Namun, baucar adalah terhad kepada 10,000 baucar percuma setiap hari dan diberikan berdasarkan konsep siapa cepat, dia dapat.

Cara Tebus Minuman Percuma Auntea Jenny

Untuk menyertai promosi ini, pelanggan perlu memuat turun aplikasi baharu Auntea Jenny MY terlebih dahulu. Baucar akan dibuka untuk penebusan setiap hari pada jam 10.00 pagi sepanjang tempoh promosi.

Berikut merupakan cara untuk menebus promosi:

  1. Muat turun aplikasi Auntea Jenny MY
  2. Buka aplikasi pada jam 10.00 pagi setiap hari
  3. Dapatkan baucar promosi yang tersedia
  4. Tebus minuman di outlet Auntea Jenny terdekat yang mengambil bahagian

Setiap ahli hanya layak menerima satu baucar promosi sepanjang kempen ini.

Pilihan Minuman Yang Ditawarkan

Promosi ini sah untuk minuman terpilih dalam saiz besar. Antara pilihan minuman yang tersedia termasuk:

  • White Peach Oolong Fresh Milk Tea
  • Taro Mochi Milk Tea
  • Jasmine Fresh Milk Tea
  • Grape Crystal Jasmine Tea
  • Boba Milk Tea

Baucar percuma yang berjaya ditebus sah digunakan dalam tempoh tiga hari, manakala baucar diskaun 50% pula sah selama 15 hari dari tarikh tuntutan.

Promosi ini hanya sah untuk pesanan melalui aplikasi di outlet yang mengambil bahagian di seluruh negara dan tidak boleh dipindah milik.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Auntea Jenny di Facebook (Auntea Jenny MY) dan Instagram (@aunteajenny.my).


Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads