May 4, 2026

FamilyMart Perkenal ODEN FAMee Dengan 5 Pilihan Sup, Kombo Oden Dan Mi Serendah RM4.90

family-mart-oden

Kalau sebelum ini oden FamilyMart biasanya dinikmati begitu sahaja, kali ini hidangan tersebut diberi sentuhan lebih lengkap menerusi ODEN FAMee. Bukan hanya oden, pelanggan kini boleh memadankannya dengan mi dan sup pilihan sendiri, menjadikannya hidangan ringkas yang lebih pelbagai dan mengenyangkan.

ODEN FAMee kini hadir dengan 5 pilihan sup, daripada rasa yang lebih ringan dan comforting sehinggalah pilihan pedas untuk mereka yang sukakan rasa lebih kuat. Untuk tawaran terhad ini, pelanggan boleh mendapatkan mana-mana sup oden bersama mana-mana mi pada harga RM4.90 sahaja.

5 Pilihan Sup Untuk Peminat Oden

Melalui ODEN FAMee, pelanggan boleh memilih sup mengikut cita rasa masing-masing. Antara pilihan yang tersedia termasuk:

  1. Spicy Mala: Untuk peminat rasa pedas yang lebih bold dan intense, Spicy Mala hadir dengan tiga tahap kepedasan untuk dipilih.
  2. Classic Fishball: Pilihan yang lebih ringan dan comforting, sesuai untuk mereka yang mahukan rasa sup yang lebih mudah dinikmati.
  3. Sukiyaki: Sup dengan rasa warm, cosy dan savoury-sweet, sesuai untuk peminat hidangan berkuah gaya Jepun.
  4. Spicy Korean: Pilihan berasaskan rasa pedas masam dengan sentuhan ala Korea, sesuai untuk mereka yang mahukan rasa lebih menyengat.
  5. Tom Yum (OG): Pilihan klasik dengan rasa masam pedas yang sudah sinonim dengan peminat hidangan berkuah.

Cara Lengkapkan Hidangan ODEN FAMee

Pelanggan boleh melengkapkan hidangan ODEN FAMee dengan beberapa langkah mudah. Mula-mula, pilih sup oden yang diinginkan, kemudian tambah pilihan oden, pilih mi, dan akhir sekali lengkapkan dengan sos pilihan.

Selain itu, pelanggan juga boleh menambah sos celup oden FamilyMart atau memilih sos tambahan mengikut cita rasa sendiri pada harga RM2.50.

Perlu diingat, promosi ini tersedia di semua cawangan FamilyMart kecuali KLIA2 & Genting, namun tertakluk kepada stok di kedai.

Ahli FamilyMart Boleh Kumpul Stamp

Selain tawaran kombo RM4.90, ahli FamilyMart juga boleh menikmati ganjaran tambahan menerusi pembelian oden. Untuk setiap pembelian oden, ahli boleh mengumpul 1 stamp.

Apabila berjaya mengumpul 5 stamp, pelanggan boleh menikmati baucar diskaun RM5 untuk pembelian oden seterusnya.

Bagi mereka yang mencari hidangan panas yang ringkas, mengenyangkan dan mudah didapati, ODEN FAMee boleh menjadi pilihan menarik, terutamanya dengan variasi sup yang lebih banyak untuk disesuaikan mengikut mood dan selera masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi mereka di Facebook (FamilyMart Malaysia) dan Instagram (@familymartmy).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads