June 10, 2026

Senarai Promosi Labour Day 2026 Di Malaysia, Tawaran Makanan Dan Minuman Serendah RM4.99

labour-day-promo

Hari Pekerja atau Labour Day bukan sahaja menjadi peluang untuk berehat, tetapi juga waktu untuk menghargai usaha dan penat lelah para pekerja dalam pelbagai bidang. Sempena sambutan ini, pelbagai jenama makanan dan minuman turut menawarkan promosi istimewa sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang mahu menikmati hidangan kegemaran pada harga lebih berbaloi.

Daripada kopi, ayam goreng, nasi lemak, fish and chips, pencuci mulut sehinggalah snek ringan, berikut kami senaraikan promosi Labour Day yang sedang berlangsung atau bakal berlangsung di Malaysia.

1. AllAce

Sempena Labour Day, AllAce menawarkan promosi 2 ekor Spring Crispy Chicken pada harga RM29.90 sahaja. Promosi ini sesuai untuk mereka yang mahu menikmati ayam rangup dengan portion lebih besar, sama ada untuk makan sendiri atau dikongsi bersama rakan.

Tarikh: 1 – 3 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Tertakluk kepada ketersediaan stok di cawangan
  • Pelanggan digalakkan datang awal sebelum kehabisan stok

Maklumat lanjut: Facebook AllAce

2. Oriental Kopi

Oriental Kopi akan mengadakan cabaran Guinness World Records sempena Labour Day dengan sasaran untuk menjual 10,000 pinggan nasi lemak dalam masa 8 jam. Pada hari acara, pelanggan boleh menikmati Nasi Lemak pada harga istimewa RM9.90 sepinggan, selain berpeluang menerima ganjaran eksklusif dan menyertai cabutan bertuah.

Tarikh: 1 Mei 2026

Masa: Bermula 12 tengah hari

Lokasi: IOI City Mall, West Court

Terma dan syarat:

  • Harga istimewa Nasi Lemak RM9.90 hanya sah pada hari cabaran
  • Setiap pembelian 1 pinggan Nasi Lemak akan menerima Limited Edition World Record Commemorative Coin dan baucar RM2 Oriental Kopi
  • Pembelian 5 pinggan Nasi Lemak akan menerima Limited Edition World Record Glass Cup
  • Pelanggan yang membeli Nasi Lemak di lokasi acara berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah utama iPhone 17 Pro
  • Promosi lain di lokasi termasuk RM1 Sambal Nasi Lemak dan White Coffee Buy 2 Free 1
  • Tertakluk kepada terma, stok dan ketersediaan sepanjang acara

Maklumat lanjut: Facebook Oriental Kopi 华阳

3. The Manhattan Fish Market

The Manhattan Fish Market menawarkan Fish ‘N Chips Dory pada harga RM9.90 sahaja sempena Labour Day. Promosi sehari ini sesuai untuk mereka yang mahu menikmati hidangan dory pada harga lebih rendah sebelum cuti.

Tarikh: 30 April 2026

Lokasi: Semua cawangan The Manhattan Fish Market di Malaysia

Terma dan syarat:

  • Tertakluk kepada 10% caj perkhidmatan
  • Tempahan awal tidak dibenarkan
  • Tertakluk kepada ketersediaan di cawangan

Maklumat lanjut: Facebook The Manhattan FISH MARKET

4. Godiva

Godiva membawakan promosi manis sempena Labour Day dengan tawaran beli 1 soft serve dan nikmati soft serve kedua pada harga RM5.10 sahaja. Promosi ini sesuai untuk pelanggan yang mahu berkongsi pencuci mulut premium bersama rakan atau keluarga.

Tarikh: 1 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Beli 1 soft serve untuk menikmati soft serve kedua pada harga RM5.10
  • Tidak sah di Genting Premium Outlet, Genting SkyAvenue dan KLIA
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di cawangan terlibat

Maklumat lanjut: Facebook Godiva Malaysia

5. Bingxue

Bingxue turut menawarkan promosi Labour Day Combo dengan 2 minuman pada harga RM9 sahaja. Pelanggan boleh menikmati pilihan minuman istimewa bersama rakan pada harga lebih berbaloi sepanjang tempoh promosi.

Tarikh: 1 – 3 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Promosi 2 minuman pada harga RM9
  • Tertakluk kepada pilihan minuman dan stok di cawangan
  • Terma dan syarat lanjut tertakluk kepada pihak Bingxue

Maklumat lanjut: Facebook Bingxue Malaysia

6. Pak Curry

Pak Curry meraikan Labour Day dengan promosi Buy 1 Free 1 untuk semua minuman Ikat Tepi. Promosi ini sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati minuman kegemaran bersama rakan, dengan tawaran berganda sepanjang hari di cawangan terpilih.

Tarikh & Lokasi:

  • 1 Mei 2026: Quill City Mall
  • 3 Mei 2026: Sunway Square Mall

Terma dan syarat:

  • Promosi Buy 1 Free 1 sah untuk semua minuman Ikat Tepi
  • Tidak termasuk Sparkling Series dan minuman ringan
  • Sah di cawangan dan tarikh yang dinyatakan sahaja
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di cawangan

Maklumat lanjut: Facebook Pak Curry

7. Stuff’d

Stuff’d menawarkan Kebab pada harga RM10 sahaja sempena Labour Day. Pelanggan boleh memilih protein kegemaran seperti Chicken, Beef atau Mixed Chicken & Beef, menjadikannya pilihan ringkas untuk hidangan yang mengenyangkan.

Tarikh: 29 April – 3 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Harga RM10 sah untuk Kebab sahaja
  • Pilihan protein termasuk Chicken, Beef atau Mixed Chicken & Beef
  • Tertakluk kepada terma dan syarat pihak Stuff’d
  • Tertakluk kepada ketersediaan stok di cawangan

Maklumat lanjut: Facebook Stuff’d MY

8. Potato Corner

Potato Corner menawarkan Large Fries percuma dengan setiap pembelian Jumbo Pizza Bites bersama sebarang minuman. Promosi ini sesuai untuk mereka yang mencari snek lengkap untuk dikongsi sempena cuti Labour Day.

Tarikh: 29 April – 3 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Beli Jumbo Pizza Bites bersama sebarang minuman untuk menerima Large Fries percuma
  • Promosi sah untuk pembelian walk-in sahaja
  • Sah di semua cawangan Potato Corner
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di cawangan
  • Terma dan syarat lanjut tertakluk kepada pihak Potato Corner

Maklumat lanjut: Facebook Potato Corner Malaysia

9. Toro Fries

Toro Fries menawarkan diskaun 20% sempena Labour Day untuk pembelian 2 kotak French Fries. Promosi ini sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati kentang goreng pada harga lebih berbaloi di cawangan terpilih.

Tarikh: 1 Mei 2026

Cawangan terlibat:

  • Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, LG Floor
  • Amanjaya Mall, Kedah, G Floor

Terma dan syarat:

  • Beli 2 kotak French Fries untuk menikmati diskaun 20%
  • Sah di cawangan terlibat sahaja
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di cawangan
  • Terma dan syarat lanjut tertakluk kepada pihak Toro Fries

Maklumat lanjut: Facebook TORO FRIES Malaysia

10. TGI Fridays

TGI Fridays menawarkan diskaun 50% untuk Signature Glazed Chicken sempena Labour Day. Pelanggan boleh menikmati hidangan ini pada harga RM16.95 dengan pembelian mana-mana bottomless drink.

Tarikh: 1 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Signature Glazed Chicken ditawarkan pada harga RM16.95 selepas diskaun 50%
  • Pembelian mesti dibuat bersama mana-mana bottomless drink
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di cawangan
  • Terma dan syarat lanjut tertakluk kepada pihak TGI Fridays

Maklumat lanjut: Instagram TGI Fridays Malaysia

11. D’Apple Fried Chicken

D’Apple Fried Chicken menawarkan set Nasi Ayam Geprek bersama 1 Air Tropicana pada harga RM9.90 sahaja sempena Labour Day. Promosi ini sesuai untuk mereka yang mahu menikmati hidangan ayam yang mengenyangkan pada harga lebih jimat bersama keluarga, rakan atau rakan sekerja.

Tarikh: 1 – 3 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Hanya sah untuk Nasi Ayam Geprek bersama 1 Air Tropicana
  • Promosi sah sepanjang tempoh yang dinyatakan sahaja
  • Tersedia di outlet D’Apple Fried Chicken yang terlibat dengan promosi ini sahaja
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di setiap cawangan
  • Tidak sah bersama promosi atau diskaun lain kecuali dinyatakan oleh pihak DAFC

Maklumat lanjut: Facebook D’Apple Fried Chicken – HQ

12. Italiannies

Italiannies menawarkan diskaun 50% untuk Italiannies House Signature Steak sempena Labour Day. Hidangan ini boleh dinikmati pada harga RM32.20 berbanding harga asal RM64.40, sesuai untuk mereka yang mahu meraikan cuti Hari Pekerja dengan sajian lebih istimewa.

Tarikh: 1 – 3 Mei 2026

Lokasi: The Curve dan Central i-City

Terma dan syarat:

  • Promosi sah untuk Italiannies House Signature Steak sahaja
  • Pembelian mesti dibuat bersama 1 bottomless drink
  • Terhad kepada 2 item promosi bagi setiap meja dan setiap resit
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Harga tertakluk kepada 6% SST dan caj perkhidmatan yang berkenaan
  • Tidak sah bersama promosi, diskaun, set makan tengah hari, kids eat free meal atau keistimewaan lain
  • Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja

Maklumat lanjut: Facebook Italiannies 

13. Teh Tarik Place

Teh Tarik Place menawarkan set Nasi Goreng Kampung bersama Teh Ice pada harga RM15.90 sempena Labour Day. Set ini sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati hidangan tempatan yang mengenyangkan, lengkap dengan minuman sejuk untuk dinikmati ketika berehat pada cuti Hari Pekerja.

Tarikh: 1 – 3 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Promosi sah untuk set Nasi Goreng Kampung bersama Teh Ais sahaja
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Tersedia di cawangan Teh Tarik Place terpilih
  • Harga tertakluk kepada caj perkhidmatan dan cukai kerajaan yang berkenaan
  • Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di setiap cawangan

Maklumat lanjut: Facebook Teh Tarik Place

14. Luckin Coffee

Luckin Coffee menawarkan cawan pertama pada harga RM4.99 sahaja untuk semua minuman. Promosi ini sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati kopi atau minuman kegemaran pada harga lebih rendah sepanjang tempoh terhad.

Tarikh: 27 April – 1 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Cawan pertama ditawarkan pada harga RM4.99
  • Sah untuk semua minuman
  • Tertakluk kepada terma dan syarat pihak Luckin Coffee
  • Tertakluk kepada ketersediaan di cawangan

Maklumat lanjut: Facebook Luckin Coffee Malaysia

15. KopiHut

KopiHut menawarkan Thai Green Tea percuma sempena Labour Day dengan pembelian minimum RM20 dalam satu resit. Promosi ini sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati hidangan atau minuman kegemaran, dengan minuman tambahan sebagai pelengkap ketika cuaca panas.

Tarikh: 29 April – 1 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Minimum pembelian RM20 dalam satu resit
  • Pelanggan akan menerima Thai Green Tea percuma
  • Hanya satu diskaun atau baucar bagi setiap resit
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di cawangan
  • Terma dan syarat lanjut tertakluk kepada pihak KopiHut

Maklumat lanjut: Facebook ADAM CORRIE

16. J.Co Donuts & Coffee

J.C0 menawarkan promosi 2 minuman pada harga RM20 sempena Labour Day. Pelanggan boleh memilih minuman kegemaran, sama ada kopi panas untuk rehat santai atau minuman sejuk untuk dinikmati bersama rakan sekerja.

Tarikh: 1 – 2 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Promosi sah untuk 2 minuman pada harga RM20
  • Tertakluk kepada terma dan syarat pihak J.CO
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di setiap cawangan

Maklumat lanjut: Facebook J.CO Coffee & Donuts, Malaysia

Senarai di atas merupakan antara promosi Labour Day 2026 yang boleh anda nikmati setakat ini. Kami akan mengemas kini artikel ini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat penambahan tawaran baharu daripada jenama-jenama lain.

Jadi, pastikan anda sentiasa bersama kami di sini untuk mendapatkan kemas kini promosi terbaharu dan tawaran menarik sempena cuti Hari Pekerja.

17. Kopi Saigon


 

Kopi Saigon menawarkan 5 pilihan minuman pada harga RM5.90 sempena cuti Hari Buruh. Untuk pelanggan di Sabah, Sarawak dan Langkawi pula, promosi ini ditawarkan pada harga RM6.90. Tawaran ini sesuai untuk mereka yang mahu menikmati minuman manis pada waktu petang dengan harga lebih berbaloi.

Pilihan minuman:

  • Kopi Saigon
  • Creamy Taro
  • Matcha Original
  • Chocolate Original
  • Coconut Milk Tea

Tarikh: 1 Mei 2026

Masa: 3 petang – 6 petang

Terma dan syarat:

  • Promosi sah untuk saiz regular sahaja
  • Harga RM5.90 terpakai di cawangan Semenanjung Malaysia
  • Harga RM6.90 terpakai di Sabah, Sarawak dan Langkawi
  • Promosi terhad dari jam 3 petang hingga 6 petang sahaja
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di setiap cawangan
  • Terma dan syarat lanjut tertakluk kepada pihak Kopi Saigon

Maklumat lanjut: Facebook Kopi Saigon

18. Gigi Coffee

Gigi Coffee menawarkan minuman terpilih pada harga promosi sempena cuti Labour Day, dengan pilihan daripada Essential, Classic, Cream, Milk Tea dan Lokal Signature Series. Promosi ini sesuai untuk mereka yang mahu menikmati kopi atau minuman kegemaran pada harga lebih rendah, yang boleh dibeli di kedai atau melalui aplikasi Gigi Coffee.

Tarikh: 30 April – 3 Mei 2026

Harga promosi:

  • Essential, Classic & Cream Series: RM6.90 secawan
  • Milk Tea & Lokal Signature Series: RM7.90 secawan

Terma dan syarat:

  • Promosi sah untuk minuman terpilih sepanjang tempoh yang dinyatakan
  • Essential Series termasuk Caffe Latte dan Cappuccino
  • Classic Series termasuk Orange Americano, Hazelnut Latte, Pecan Praline Latte, Vanilla Latte, Caffe Mocha dan Carascotch Latte
  • Cream Series termasuk Buttercream Latte, Buttercream Dark Choco, Seasalt Caramel Macchiato dan Buttercream G-Frappe
  • Milk Tea Series termasuk White Peach Oolong Milk Tea, Osmanthus Oolong Milk Tea dan Jasmine Milk Green Tea
  • Lokal Signature Series termasuk Kopi Latte, Lokal Mo-Kaw, Kaya Toast Latte, Apam Balik Latte dan Pandan Kaya Milk Tea
  • Sah untuk pembelian di kedai dan pesanan melalui aplikasi Gigi Coffee sahaja
  • Tidak sah bersama promosi, diskaun, baucar atau keistimewaan ahli lain
  • Tertakluk kepada terma dan syarat pihak Gigi Coffee

Maklumat lanjut: Facebook Gigi Coffee

19. Kenny Rogers Roasters

Kenny Rogers Roasters menawarkan Kenny’s Quarter Meal bersama minuman ringan pada harga RM20 sempena Labour Day. Promosi ini sesuai untuk pelanggan yang mahu makan besar bersama keluarga atau rakan, memandangkan pembelian minimum 5 set diperlukan untuk menikmati tawaran ini.

Tarikh: 1 Mei 2026

Lokasi: Semua restoran Kenny Rogers Roasters di seluruh negara

Terma dan syarat:

  • Promosi sah untuk Kenny’s Quarter Meal bersama minuman ringan sahaja
  • Harga promosi ialah RM20 bagi setiap set
  • Minimum pembelian 5 set diperlukan untuk menikmati promosi ini
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Sah di semua restoran Kenny Rogers Roasters di seluruh negara
  • Tertakluk kepada terma dan syarat pihak Kenny Rogers Roasters

Maklumat lanjut: Facebook Kenny Rogers ROASTERS Malaysia

20. Dunkin’

Dunkin’ menawarkan promosi minuman terpilih sempena Labour Day dengan harga bermula RM5. Pelanggan boleh memilih beberapa minuman popular dalam kategori Everyone’s Favourite, Best Seller dan Must Try sepanjang tempoh promosi.

Tarikh: 1 – 5 Mei 2026

Harga promosi:

  • Everyone’s Favourite: RM5
    Iced Americano, Iced Coffee, Iced Teh Tarik
  • Best Seller: RM8
    Iced Chocolate, Iced Spanish Latte, Iced Latte, Iced Praline Latte
  • Must Try: RM10
    Iced Pistachio Choc, Iced Pistachio Latte, Iced Caramel Macchiato, Iced Mocha, Iced Matcha Latte

Terma dan syarat:

  • Promosi sah untuk minuman terpilih sahaja
  • Sah di semua cawangan Dunkin’ kecuali cawangan lapangan terbang
  • Sah untuk pembelian di kedai sahaja
  • Harga yang dinyatakan termasuk 6% cukai perkhidmatan
  • Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di setiap cawangan

Maklumat lanjut: Instagram Dunkin’ Malaysia

21. emart24

emart24 menawarkan promosi Buy 1 Free 1 untuk minuman Matcha atau Latte terpilih sempena Labour Day. Promosi ini sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati minuman kegemaran bersama rakan, dengan pembelian secara di kedai atau aplikasi emart24.

Tarikh: 1 – 3 Mei 2026

Minuman terpilih:

  • Matcha Latte
  • Iced Spanish Latte
  • Roasted Hazelnut
  • Golden Caramel
  • Barista Milk

Terma dan syarat:

  • Promosi Buy 1 Free 1 sah untuk minuman terpilih sahaja
  • Matcha Latte, Roasted Hazelnut, Golden Caramel dan Barista Milk tersedia untuk pilihan hot atau iced
  • Iced Spanish Latte tersedia dalam pilihan iced sahaja
  • Sah di semua cawangan emart24 dan aplikasi emart24Promosi sah sementara stok masih ada
  • Gambar adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja
  • Tertakluk kepada terma dan syarat pihak emart24

Maklumat lanjut: Facebook emart24

22. Marrybrown

Marrybrown menawarkan 2 Lucky Plate pada harga RM25 sempena Labour Day. Promosi sehari ini sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati hidangan ayam bersama rakan atau keluarga, sama ada untuk makan di restoran atau dibawa pulang.

Tarikh: 1 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • 2 Lucky Plate ditawarkan pada harga RM25
  • Harga di Malaysia Timur ialah RM28 untuk 2 Lucky Plate
  • Sah untuk dine-in dan takeaway sahaja
  • Penebusan perlu dibuat melalui aplikasi MB di kaunter
  • Terhad kepada 1 penebusan bagi setiap pelanggan untuk setiap transaksi
  • Sah di semua outlet Marrybrown kecuali lapangan terbang, Genting Highlands, Johor Premium Outlet dan Sunway Lagoon
  • Tertakluk kepada terma dan syarat pihak Marrybrown

Maklumat lanjut: Facebook Marrybrown

23. Burger King

Burger King menawarkan promosi Buy 1 Free 1 untuk burger K-Spicy sempena Labour Day. Pelanggan boleh memilih mana-mana dua burger K-Spicy kegemaran, termasuk K-Spicy XL Beef dan K-Spicy Tendercrisp, dengan pilihan untuk mix and match.

Tarikh: 1 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Promosi Buy 1 Free 1 sah untuk burger K-Spicy terpilih
  • Pelanggan boleh memilih dua burger K-Spicy dan mix and match
  • Promosi sah untuk dine-in, take away dan drive-thru
  • Tertakluk kepada terma dan syarat pihak Burger King
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di setiap cawangan

Maklumat lanjut: Facebook Burger King Malaysia

24. Fuiyoh! It’s Uncle Roger

Fuiyoh! It’s Uncle Roger menawarkan aiskrim percuma sempena 1 Mei sahaja. Pelanggan boleh menikmati tawaran ini dengan pembelian minimum RM50 dan ke atas, sesuai untuk mereka yang mahu menambah pencuci mulut selepas makan.

Tarikh: 1 Mei 2026

Terma dan syarat:

  • Minimum pembelian RM50 dan ke atas diperlukan
  • Promosi sah untuk 1 hari sahaja
  • Tertakluk kepada stok dan ketersediaan di cawangan
  • Terma dan syarat lanjut tertakluk kepada pihak Fuiyoh! It’s Uncle Roger

Maklumat lanjut: Facebook Fuiyoh! It’s Uncle Roger

25. Hausgrill Steamboat Cheese

Hausgrill Steamboat Cheese menawarkan promosi datang 4 orang dewasa, 1 orang makan percuma sempena Labour Day. Promosi sehari ini sesuai untuk pelanggan yang mahu menikmati steamboat bersama rakan atau keluarga dengan lebih jimat.

Tarikh: 1 Mei 2026

Lokasi: Hausgrill Klang

Terma dan syarat:

  • Datang 4 orang dewasa, 1 orang makan percuma
  • Promosi sah pada 1 Mei 2026 sahaja
  • Tertakluk kepada pelanggan dewasa sahaja
  • Sah di Hausgrill Klang sahaja
  • Tertakluk kepada stok, tempat duduk dan ketersediaan pada hari promosi
  • Terma dan syarat lanjut tertakluk kepada pihak Hausgrill Steamboat Cheese

Maklumat lanjut: Facebook Hausgrill Steamboat Cheese


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads