April 21, 2026

Ayam Kremes Champion Tawar Lunch Promo Bermula RM11.90, Percuma Minuman Untuk Set Ayam Terpilih

akc-lunch-promo

Setiap kali tiba waktu rehat, soalan tentang hendak makan apa memang selalu muncul di kepala. Dalam keadaan masa yang terhad dan bajet yang perlu dijaga, promosi terbaharu daripada Ayam Kremes Champion (AKC) ini boleh jadi antara pilihan yang patut dipertimbangkan.

Menerusi Lunch Promo yang ditawarkan pada hari bekerja dari pukul 12 tengah hari hingga 3 petang, pelanggan berpeluang menikmati set ayam bermula RM11.90, lengkap dengan minuman percuma.

Set Ayam Kremes Dengan Harga Promosi

AKC menawarkan beberapa pilihan set Ayam Kremes dengan harga istimewa sepanjang waktu promosi. Antara set yang termasuk ialah:

1. Set A Ayam Kremes  – RM11.90 (harga asal RM14.90)

 2. Set B Ayam Kremes – RM13.90 (harga asal RM16.90)

3. Set C Ayam Kremes – RM14.90 (harga asal RM17.90)

Promosi ini memberikan pilihan kepada pelanggan untuk memilih set mengikut bajet dan selera masing-masing, dengan harga yang masih dianggap berpatutan untuk satu hidangan tengah hari lengkap.

Setiap Set Ayam Datang Dengan Minuman Percuma

Satu lagi perkara yang membuatkan promosi ini lebih menarik ialah setiap pembelian mana-mana set ayam akan disertakan dengan minuman percuma. Pelanggan boleh memilih antara:

  • Teh O Ais
  • Sirap Ais
  • Air Kosong

Tawaran ini membuatkan set makan tengah hari AKC lebih berbaloi kerana pelanggan bukan sahaja mendapat hidangan utama, tetapi juga minuman tanpa perlu menambah perbelanjaan.

Sesuai Untuk Lunch Break Yang Cepat dan Mengenyangkan

Untuk ramai orang, waktu makan tengah hari selalunya cukup terhad. Disebabkan itu, promosi seperti ini sememangnya menarik perhatian, khususnya apabila ia menggabungkan beberapa perkara yang sering dicari pelanggan iaitu harga yang tidak terlalu mahal, hidangan yang mengenyangkan dan lengkao dengan minuman.

Ayam Kremes yang ditawarkan juga nampak sesuai untuk mereka yang sukakan hidangan berasaskan ayam goreng panas bersama nasi dan lauk sampingan. Jadi, untuk yang mahukan pilihan makanan tengah hari lengkap, promosi ini boleh diletakkan dalam senarai.

Hanya Sah Pada Waktu Tertentu dan Dine-In Sahaja

Namun begitu, perlu diingat bahawa promosi ini hanya ditawarkan pada hari bekerja dan sah dalam tempoh 12 tengah hari hingga 3 petang sahaja. Selain itu, ianya juga terhad untuk dine-in sahaja.

Lokasi yang terlibat adalah:

  • AKC Puncak Alam
  • AKC Setia Alam (U12)
  • AKC Shah Alam (S13)

Bagi yang berada berhampiran kawasan ini dan sedang mencari menu makan tengah hari yang lebih jimat, bolehlah singgah di mana-mana cawangan AKC sepanjang waktu promosi.


Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp