ZUS Coffee Tawar Minuman Terpilih Serendah RM5 Untuk Yang Keluar Awal Pagi
Bagi yang sering memulakan perjalanan ke Kuala Lumpur atau Putrajaya seawal pagi, kini ada sedikit ganjaran yang mungkin boleh menceriakan permulaan hari anda. Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dengan kerjasama ZUS Coffee melancarkan program “Bangun, KL! Ke Arah KL Yang Lebih Sejahtera”, yang menawarkan minuman terpilih pada harga istimewa sehingga 31 Disember 2026.
Inisiatif ini diperkenalkan sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan orang ramai keluar rumah lebih awal, sekali gus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Minuman Terpilih Serendah RM5 Dari Jam 7 Hingga 8 Pagi
Menerusi kempen ini, pengguna boleh menikmati minuman serendah RM5 bagi minuman terpilih antara jam 7 pagi hingga 8 pagi, dari Isnin hingga Jumaat. Antara minuman yang termasuk dalam promosi ini ialah:
- Iced atau Hot Americano pada harga RM5
- Iced atau Hot CEO Americano pada harga RM5
- Iced atau Hot CEO Latte pada harga RM7
Promosi ini tersedia melalui pesanan pick-up di aplikasi ZUS sahaja, dan tertakluk kepada cawangan terpilih. Pengguna juga perlu memasukkan kod promo yang disediakan, iaitu:
- MASUKKLAWALRM5 untuk Americano dan CEO Americano
- MASUKKLAWALRM7 untuk CEO Latte
Tawaran ini melibatkan potongan harga sehingga 30% sebagai satu bentuk penghargaan kepada golongan yang memulakan hari lebih awal.
ZUS Coffee Sokong Usaha Kurangkan Kesesakan
Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian, berkata inisiatif tersebut merupakan satu langkah baharu bagi syarikat itu dalam menyokong usaha kerajaan menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya yang lebih sejahtera.
Menurutnya, ZUS Coffee sebelum ini belum pernah melaksanakan kempen seperti ini, namun melihat ia sebagai masa yang sesuai untuk meneroka inisiatif yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai.
Beliau turut berpandangan bahawa kerjasama seumpama ini berpotensi diperluaskan sebagai salah satu usaha menyokong hasrat kerajaan, termasuk dalam mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
Sedikit Ganjaran Untuk Yang Bergerak Lebih Awal
Secara keseluruhan, program ini bukan sekadar promosi minuman biasa, tetapi juga sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk mengubah corak perjalanan harian di ibu kota. Untuk pengguna yang memang sudah biasa keluar awal pagi, tawaran seperti ini sekurang-kurangnya memberi sedikit nilai tambahan dalam rutin harian mereka.
Oleh itu, bagi anda yang bekerja di Kuala Lumpur atau Putrajaya, promosi ini boleh dimanfaatkan sebaiknya sementara ia berlangsung sehingga hujung tahun ini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di platform media sosial rasmi kami!
