April 18, 2026

SPM 2025: Senarai Promosi F&B Yang Boleh Ditebus Pelajar Dengan Slip Keputusan

promo-spm-2025

Keputusan SPM 2025 akhirnya diumumkan, dan seperti biasa, banyak jenama F&B mengambil peluang untuk meraikan usaha pelajar dengan pelbagai promosi menarik.

Selepas melalui tempoh menunggu keputusan, kini masa sesuai untuk luangkan sedikit masa dan raikan hasil usaha sendiri. Hanya dengan menunjukkan slip keputusan, pelajar boleh tebus pelbagai promosi menarik yang ditawarkan untuk masa terhad.

Menariknya, ada promosi yang tidak bergantung kepada keputusan, dan ada juga yang memberi ganjaran lebih besar untuk mereka yang memperoleh lebih banyak A. Daripada hidangan panas hingga minuman dan pencuci mulut, pilihan yang ditawarkan memang pelbagai.

Ini antara promosi F&B yang boleh ditebus oleh pelajar SPM 2025:

1. Nando’s

Tidak kira apa sahaja keputusan anda, Nando’s tetap bagi ganjaran! Pelajar hanya perlu bawa slip keputusan SPM 2025 ke mana-mana outlet Nando’s dan anda boleh tebus 1/4 peri-peri chicken secara percuma.

Tarikh: 31 Mac 2026 (1 hari sahaja)

Terma dan syarat:

  • Hanya slip asal fizikal keputusan SPM 2025 diterima
  • 1 slip hanya layak untuk 1 tuntutan 1/4 chicken percuma
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Siapa cepat, dia dapat sementara stok masih ada
  • Sah di semua outlet Nando’s seluruh negara
  • Nando’s berhak mengubah atau menamatkan promosi tanpa notis awal

Maklumat lanjut: Facebook Nando’s

2. TGI Fridays

Walau apa pun keputusan yang diperoleh, TGI Fridays tetap meraikan semua. Pelajar hanya perlu tunjuk keputusan SPM 2025 di outlet dan boleh menikmati A+ Hearty Meal pada harga RM17 sahaja. Hidangan ini termasuk crispy chicken fingers bersama minuman bottomless, sesuai untuk lepak dengan kawan lepas ambil result.

Tarikh: 31 Mac – 2 April 2026

Terma dan syarat:

  • Perlu tunjuk keputusan SPM semasa pembelian
  • Tertakluk kepada terma & syarat pihak TGI Fridays

Maklumat lanjut: Instagram TGI Fridays Malaysia

3. Marrybrown

Marrybrown juga turut meraikan pelajar SPM dengan ganjaran simple tapi berbaloi. Pelajar boleh dapatkan 1 ketul ayam goreng MB secara percuma hanya dengan menunjukkan keputusan SPM dan menggunakan kod MBSPM25. Walau bagaimanapun, promosi ini perlu digabungkan dengan pembelian combo melalui aplikasi MB.

Tarikh: 31 Mac – 2 April 2026

Terma dan syarat: 

  • Perlu buat pembelian mana-mana set combo
  • Masukkan kod MBSPM25 untuk penebusan
  • Penebusan hanya melalui MB App
  • Perlu tunjuk slip keputusan SPM
  • Sah sementara stok masih ada

Maklumat lanjut: Facebook Marrybrown

4. Boat Noodle

Kalau anda score banyak A, ini antara promo paling berbaloi. Boat Noodle bagi ganjaran berdasarkan keputusan anda di mana 1A bersamaan 1 bowl percuma. Pelajar boleh tebus Pathumthani Chicken Noodle percuma (pilih sama ada rice noodle atau springy noodle). Lagi banyak A, lagi banyak bowl boleh claim.

Tarikh: 31 Mac – 1 April 2026 (10 pagi – 6 petang)

Terma dan syarat:

  • Perlu bawa dan tunjuk slip keputusan SPM
  • 1 pelajar hanya layak untuk 1 tuntutan
  • Dine-in sahaja
  • Tidak sah di outlet terpilih: Kulim, Bandar Enstek, Permaisuri, Bandar Seri Putra, Saujana Putra, Seri Manjung, Amanjaya Mall, Tamarind Square, Jerteh, Sentul & Subang Bestari
  • Tertakluk kepada terma & syarat

Maklumat lanjut: Facebook Boat Noodle

5. The Coffee Bean & Tea Leaf

Coffee Bean tampil dengan dua jenis ganjaran untuk meraikan pelajar SPM. Semua pelajar boleh menikmati Buy 1 Free 1 untuk minuman terpilih, manakala pelajar yang mendapat straight A pula akan menerima 1 minuman percuma. Hanya perlu tunjuk slip keputusan di kaunter untuk tebus ganjaran ini.

Tarikh: 31 Mac 2026 (1 hari sahaja)

Terma dan syarat:

  • Sah untuk pembelian in-store sahaja di outlet terpilih di Semenanjung Malaysia
  • Tidak termasuk outlet di lapangan terbang dan transaksi online
  • Perlu tunjuk slip SPM 2025 atau staff ID (untuk guru & pengetua)
  • Sah untuk minuman 16oz The Original Mocha Ice Blended® atau Mocha Latte sahaja
  • Tidak sah bersama promosi atau diskaun lain
  • Produk bergantung kepada stok tersedia
  • Visual hanya untuk ilustrasi
  • Pihak Coffee Bean berhak ubah terma tanpa notis

Maklumat lanjut: The Coffee Bean & Tea Leaf – Malaysia

6. Kenny Rogers Roasters

Kenny Rogers Roasters turut menawarkan promosi khas untuk pelajar SPM 2025. Dengan menunjukkan slip keputusan di kaunter, pelajar boleh menikmati set hidangan pada harga promosi RM17.90 sahaja termasuk minuman. Untuk pelajar yang mendapat straight A, terdapat tambahan ganjaran iaitu pencuci mulut percuma (Fruity Float / Sweeetlish) dengan pembelian mana-mana set promo.

Tarikh: 31 Mac 2026

Terma dan syarat:

  • Perlu tunjuk slip keputusan SPM 2025 di kaunter
  • Sah di semua restoran Kenny Rogers Roasters
  • Harga promosi RM17.90 nett untuk set terpilih bersama minuman
  • Pelajar straight A layak menerima pencuci mulut percuma dengan pembelian set promo
  • Tertakluk kepada terma & syarat

Maklumat lanjut: Facebook Kenny Rogers Roasters

7. Teh Tarik Place

Teh Tarik Place tampil dengan set lengkap untuk pelajar SPM yang ingin makan kenyang selepas ambil result. Hanya dengan menunjukkan slip keputusan, pelajar boleh menikmati Set Nasi Goreng Ayam Berempah bersama Teh O’ Ice pada harga RM17 nett (harga asal RM21.80).

Tarikh: 31 Mac – 5 April 2026

Terma dan syarat:

  • Terbuka kepada pelajar SPM 2025 sahaja
  • Perlu tunjuk slip keputusan SPM untuk tebus
  • Sah di outlet Teh Tarik Place terpilih sahaja
  • Tertakluk kepada terma & syarat

Maklumat lanjut: Facebook Teh Tarik Place

8. Nasken Coffee

Nasken Coffee menawarkan ganjaran berbeza mengikut keputusan. Pelajar yang mendapat straight A boleh menikmati minuman percuma (tidak termasuk frappe dan kopi botol). Manakala pelajar lain masih boleh menikmati tawaran khas seperti Latte atau Spanish Latte pada harga RM5 sahaja.

Tarikh: 31 Mac 2026

Terma dan syarat:

  • Sah untuk semua calon SPM 2025
  • Perlu tunjuk slip keputusan di kaunter untuk penebusan
  • Minuman percuma hanya untuk pelajar straight A (tidak termasuk frappe & bottled coffee)
  • Latte / Spanish Latte RM5 untuk pelajar lain
  • Sah pada 31 Mac sahaja

Maklumat lanjut: Facebook Nasken Coffee

9. Waka Waka Gelato

Nak celebrate dengan sesuatu yang manis? Waka Waka Gelato tawarkan deal simple dapatkan 1 scoop gelato pada harga RM2 sahaja. Hanya tunjuk slip keputusan dan pelajar boleh menikmati promosi ini.

Tarikh: 31 Mac 2026

Terma dan syarat:

  • Sah untuk regular flavours sahaja
  • Perlu tunjuk slip keputusan SPM 2025

Maklumat lanjut: Instagram Waka Waka Gelato

10. Tuah Cafe

Tuah Cafe beri ganjaran berdasarkan bilangan A yang anda dapat. Lagi banyak A, lagi besar diskaun yang diberikan.

  • 3A = 30% diskaun
  • 5A = 50% diskaun
  • 10A dan ke atas = Frappe percuma

Konsepnya mudah: anda share kejayaan anda dan mereka akan “belanja” minuman berdasarkan result.

Tarikh: 31 Mac 2026

Terma dan syarat:

  • Terbuka kepada calon SPM 2025 sahaja
  • Perlu sahkan keputusan di kaunter
  • Minimum pembelian RM10 diperlukan

Maklumat lanjut: Facebook Tuah Cafe

11. AEON Mall AU2 Setiawangsa

Pelajar yang berjaya memperoleh keputusan straight A boleh menebus ganjaran istimewa daripada AEON Mall AU2 Setiawangsa. Hanya perlu hadir ke kaunter informasi dengan membawa slip keputusan SPM sebagai bukti untuk mendapatkan coklat percuma. Promosi ini ditawarkan secara terhad khas untuk meraikan pelajar yang cemerlang.

Tarikh: 31 Mac 2026 (10 pagi)

Terma dan syarat:

  • Terbuka kepada pelajar yang mendapat semua A (straight A) sahaja
  • Perlu bawa slip keputusan SPM sebagai bukti
  • Penebusan di kaunter informasi AEON Mall AU2 Setiawangsa
  • Terhad kepada 20 pelajar terawal sahaja

Maklumat lanjut: Instagram AEON Mall AU2 Setiawangsa

12. Sushi Tie

Sushi Tie menawarkan ganjaran diskaun khas untuk pelajar SPM 2025. Dengan hanya menunjukkan slip keputusan, pelajar boleh menikmati diskaun berdasarkan keputusan masing-masing, dengan minimum perbelanjaan ditetapkan.

Tarikh: 31 Mac – 1 April 2026

Terma dan syarat:

  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Perlu tunjuk IC dan slip keputusan SPM 2025
  • Minimum perbelanjaan RM60 seorang diperlukan
  • Pemilik slip SPM mesti hadir di meja
  • Tidak sah untuk pesanan online (WhatsApp atau panggilan)
  • Tidak boleh digabung dengan diskaun kad atau baucar lain
  • Sushi Tie berhak mengubah terma tanpa notis

Maklumat lanjut: Facebook Sushi Tie

13. Coboroy

Coboroy turut meraikan pelajar SPM dengan menawarkan minuman percuma. Pelajar hanya perlu menunjukkan slip keputusan SPM untuk menikmati FREE Classic Mojito, sesuai untuk dijadikan minuman santai selepas ambil keputusan.

Tarikh: 31 Mac 2026

Terma dan syarat:

  • Perlu tunjuk slip keputusan SPM 2025
  • Sah pada 31 Mac 2026 sahaja

Maklumat lanjut: Facebook Coboroy

14. Folk Kofii

Folk Kofii menawarkan diskaun berdasarkan bilangan A yang diperoleh. Setiap A akan memberikan diskaun 10%, menjadikan promosi ini lebih berbaloi untuk pelajar yang mendapat keputusan lebih baik.

Tarikh: 31 Mac 2026

Terma dan syarat:

  • Sah untuk 1 minuman sahaja bagi setiap individu
  • Perlu tunjuk slip keputusan SPM
  • Sah untuk sehari sahaja

Maklumat lanjut: Instagram Folk Kofii

15. Buna Cafe

Buna Cafe menawarkan dua jenis ganjaran untuk pelajar SPM 2025. Semua pelajar layak menikmati diskaun 10%, manakala mereka yang mendapat 5A dan ke atas boleh menebus 1 iced tea percuma. Promosi ini hanya tersedia untuk pesanan tertentu.

Tarikh: 31 Mac 2026

Terma dan syarat:

  • Sah untuk pelajar SPM 2025 (IC bermula 08)
  • Diskaun 10% untuk semua pelajar
  • Percuma 1 iced tea untuk pelajar dengan 5A ke atas
  • Perlu tunjuk slip keputusan sebagai bukti
  • Sah untuk pesanan drive-thru sahaja

Maklumat lanjut: Facebook Buna Cafe

16. Pizza Hut

Pizza Hut turut serta dalam meraikan pelajar SPM 2025 dengan tawaran menarik. Hanya dengan menunjukkan slip keputusan, pelajar boleh menikmati ganjaran percuma bergantung kepada pilihan dine-in atau takeaway. 

Tarikh: 31 Mac – 1 April 2026

Terma dan syarat:

  • Perlu tunjuk slip keputusan SPM 2025 untuk penebusan
  • FREE drink untuk dine-in
  • 1 mushroom soup percuma untuk takeaway
  • Sah di semua Pizza Hut kecuali Genting Highlands & Pizza Hut Xpress
  • Tertakluk kepada terma & syarat

Maklumat lanjut: Instagram Pizza Hut Malaysia

17. Nippon Sushi

Nippon Sushi turut menawarkan ganjaran khas untuk semua pelajar SPM 2025 tanpa mengira keputusan. Hanya perlu bawa slip keputusan ke mana-mana outlet, dan anda boleh menikmati 1 pinggan sushi percuma

Tarikh: 31 Mac 2026 (1 hari sahaja)

Terma dan syarat:

  • Hanya slip asal fizikal keputusan SPM 2025 diterima
  • 1 slip layak untuk 1 pinggan sushi percuma sahaja
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Perlu membuat pembelian minimum RM30 dalam satu resit
  • Sah di semua outlet Nippon Sushi seluruh negara
  • Nippon Sushi berhak mengubah atau menamatkan promosi tanpa notis awal

Maklumat lanjut: Instagram Nippon Sushi Malaysia

Dengan pelbagai tawaran yang tersedia, pelajar boleh manfaatkan peluang ini untuk nikmati deal menarik selepas ambil keputusan. Namun, kebanyakan tawaran hanya berlangsung dalam tempoh sangat singkat dan tertakluk kepada stok, jadi anda disarankan untuk tebus secepat mungkin.

Senarai promosi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat tawaran baharu yang diumumkan.


Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp