HWC Coffee dan RT Pastry Tawar Beli 1 Percuma 1 Semua Roti, Boleh Campur Ikut Selera
Bersempena pelancaran kolaborasi antara HWC Coffee dan RT Pastry, mereka kini memperkenalkan kempen Fresh Bake Celebration dengan tawaran Buy 1 Free 1 untuk semua roti RT Pastry.
Promosi ini tidak terhad kepada jenis tertentu sahaja kerana anda boleh pilih mana-mana roti RT Pastry yang tersedia di outlet terlibat. Namun, promosi ini berlangsung dari 30 Mac hingga 5 April 2026 sahaja.
Pilihan Lebih Fleksibel Untuk Pembelian
Salah satu perkara yang menjadikan promosi ini berbaloi adalah fleksibiliti pilihan. Anda tidak perlu membeli item yang sama memandangkan anda boleh boleh mix & match mengikut selera.
Untuk yang belum pernah cuba RT Pastry, ini peluang baik untuk beli roti mereka yang terkenal dengan tekstur lembut dan pilihan yang pelbagai.
Ini menjadikan promosi ini lebih praktikal untuk pelbagai situasi sama ada sarapan cepat, kudapan petang atau bekal ringan ke pejabat.
19 Cawangan Terpilih Sekitar Lembah Klang
Walaupun promosi ini tidak tersedia di semua outlet, ia ditawarkan di 19 cawangan HWC Coffee terpilih, kebanyakannya berada di kawasan tumpuan seperti pusat beli-belah dan kawasan pejabat.
Antara lokasi yang terlibat termasuk:
- HWC 1 Utama
- HWC The Starling Mall
- HWC Avenue K
- HWC Paradigm PJ
- HWC Mid ValleyHWC The Gardens Mall
- HWC TRX
- HWC Publika
- HWC Menara Shell
- dan beberapa outlet lagi
Ini bermakna promosi ini lebih mudah diakses, terutamanya untuk yang bekerja di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Promosi Sementara Stok Masih Ada
Seperti kebanyakan promosi, satu perkara yang perlu diambil kira adalah faktor ketersediaan stok.
Roti biasanya dibakar segar setiap hari, tetapi untuk promosi seperti ini:
- Item popular boleh habis lebih awal
- Pilihan mungkin terhad pada waktu puncak
- Waktu terbaik biasanya pagi atau awal tengah hari
Kalau anda ada jenis roti tertentu yang memang nak cuba, lebih baik rancang masa kunjungan supaya tak kecewa.
Dari sudut nilai, promosi ini jelas memberi penjimatan yang secara asasnya anda dapat dua roti dengan harga satu, atau kira-kira 50% lebih jimat.
Untuk maklumat lanjut, ikuti HWC Coffee di media sosial media sama ada di Facebook (HWC Coffee Malaysia) atau Instagram (@hwc_malaysia).
Nak dapatkan berita, maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
