June 10, 2026

Harga Minyak (12–18 Mac 2026): RON95 dan RON97 Naik 60 Sen, Diesel Kini Cecah RM3.92 Seliter

harga-minyak-12-mac

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan pelarasan baharu harga runcit petroleum bagi tempoh 12 Mac hingga 18 Mac 2026, susulan lonjakan harga minyak mentah di pasaran global.

Dalam pelarasan minggu ini, harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia mencatatkan kenaikan ketara, manakala harga RON95 bersubsidi (BUDI95) serta diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal tidak berubah.

Senarai Harga Runcit Bahan Api (12 – 18 Mac 2026)

Harga berikut berkuat kuasa mulai Khamis, 12 Mac 2026:

  • Petrol RON97: 🔺 Naik 60 sen kepada RM3.85 seliter
  • Petrol RON95 Tanpa Subsidi: 🔺 Naik 60 sen kepada RM3.27 seliter
  • Petrol RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
  • Diesel Semenanjung Malaysia: 🔺 Naik 80 sen kepada RM3.92 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter

    Harga ini akan berkuat kuasa sehingga 18 Mac 2026.

    Kenaikan Susulan Lonjakan Harga Minyak Global

    Menurut kerajaan, kenaikan harga bahan api minggu ini berlaku susulan peningkatan mendadak harga minyak dunia. Pada 9 Mac 2026, harga minyak mentah Brent dilaporkan mencecah sekitar US$119 setong sebelum kembali turun ke sekitar US$90 setong, namun pasaran kekal tidak menentu.

    Lonjakan harga ini turut dipengaruhi oleh konflik di Asia Barat yang menjejaskan sentimen pasaran tenaga global.

    Kerajaan Kekalkan Subsidi Bagi Lindungi Rakyat

    Walaupun harga petrol dan diesel meningkat, kerajaan menegaskan bahawa harga RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI kekal pada RM1.99 seliter bagi melindungi pengguna yang layak.

    Selain itu, harga diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan turut dikekalkan pada RM2.15 seliter.

    Kerajaan juga mengekalkan harga diesel bersubsidi untuk sektor pengangkutan darat awam dan barangan di Semenanjung Malaysia pada RM1.88 dan RM2.15 seliter.

    Bantuan Tunai BUDI Diesel Dinaikkan

    Sebagai langkah tambahan, kerajaan turut mengumumkan bahawa bantuan tunai interim bagi penerima BUDI Diesel Individu dan BUDI Diesel Agri-Komoditi dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 bagi bulan Mac 2026.

    Bayaran tambahan sebanyak RM100 akan mula disalurkan bermula 17 Mac 2026.


    Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

    Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp