Menu

Harga Minyak Mingguan (5–11 Mac 2026): Petrol RON97 Naik 10 Sen, Diesel Kini Cecah RM3.12

Alyaa 3 months ago

Kerajaan melalui Kementerian Kewangan Malaysia mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum bagi tempoh 5 hingga 11 Mac 2026, susulan peningkatan harga minyak mentah di pasaran global di bawah mekanisme Automatic Pricing Mechanism (APM).

Bagi minggu ini, petrol RON97 mencatatkan kenaikan paling tinggi sebanyak 10 sen seliter, manakala RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing meningkat 8 sen seliter.

Senarai Harga Runcit Bahan Api (5 – 11 Mac 2026)

Harga berikut berkuat kuasa mulai Khamis, 5 Mac 2026:

  • Petrol RON97: 🔺 Naik 10 sen kepada RM3.25 seliter
  • Petrol RON95 Tanpa Subsidi: 🔺 Naik 8 sen kepada RM2.67 seliter
  • Petrol RON95 Bersubsidi (BUDI95): ➡️ Kekal pada RM1.99 seliter
  • Diesel Semenanjung Malaysia: 🔺 Naik 8 sen kepada RM3.12 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak & Labuan: ➡️ Kekal pada RM2.15 seliter

Harga ini akan berkuat kuasa sehingga 11 Mac 2026.

Harga Diesel Terus Meningkat, Kini RM3.12 Seliter

Dengan kenaikan 8 sen minggu ini, diesel di Semenanjung Malaysia kini berada pada RM3.12 seliter, meningkat berbanding RM3.04 minggu lalu.

Sejak penghujung Januari, harga diesel telah meningkat secara berperingkat daripada RM2.88 kepada RM3.12 seliter, menunjukkan tekanan kos global yang berterusan terhadap pasaran tenaga domestik.

RON97 Catat Lonjakan Lebih Besar

Kenaikan 10 sen bagi RON97 minggu ini merupakan pelarasan paling tinggi dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Sementara itu, harga bagi RON95 tanpa subsidi turut meningkat kepada RM2.67 seliter.

Namun, harga RON95 bersubsidi (BUDI95) terus dikekalkan pada RM1.99 seliter sebagai langkah melindungi pengguna yang layak.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

– Advertisement –
Written By

– Advertisement –