Cari Port Moreh Bajet Sekitar Lembah Klang? Fiesta Moreh Soru Station Tampil Dengan Big Platter RM30!
Moreh lepas tarawih makin meriah dengan promosi luar biasa daripada Soru Station! Sempena bulan Ramadan, jenama ini tampil dengan Fiesta Moreh Promotion yang menawarkan pelbagai menu popular pada harga runtuh, khas dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam setiap hari.
Dari air sampai ke platter besar untuk kongsi beramai-ramai, semuanya ditawarkan pada harga luar biasa sepanjang bulan puasa ini.
Teh Ais Float Cincau RM2 dan Pilihan Dessert

Antara yang paling mencuri perhatian ialah minuman dan pencuci mulut pada harga promosi berikut:
- Teh Ais Float Cincau – RM2
- Crème Brûlée Classic – RM5
- Crème Brûlée Kurma – RM6
- Crème Brûlée Durian – RM7
Dengan tambahan aiskrim di atas teh ais serta pilihan crème brûlée pelbagai perisa, menu ini sesuai untuk yang mahukan sesuatu yang manis selepas berbuka atau sebagai hidangan ringan ketika moreh.
Mantou RM5 dan Menu Ringan Untuk Dikongsi

Menu mantou turut ditawarkan pada harga promosi RM5 berbanding harga asal RM6.90. Antara pilihan yang tersedia termasuk:
- Bolognese Mantou – RM5
- Mantou Creamy – RM5
- Buttermilk Mantou – RM5
Dengan harga yang lebih rendah berbanding biasa, ianya memang sesuatu yang bakal menjadi pilihan ramai sepanjang promosi dijalankan.
Tapas Platter dan Cucur Udang Enoki
Bagi yang inginkan sesuatu yang lebih mengenyangkan, pelanggan boleh memilih:
- Cucur Udang Enoki – RM7
- Tapas Platter – RM13 (harga asal RM16.90)
Tapas Platter ini sesuai untuk dua hingga tiga orang makan secara santai dan memberi variasi kepada pelanggan yang mahukan gabungan makanan ringan serta hidangan goreng panas.
Big Platter RM30 Untuk Makan Ramai-Ramai

Paling menarik perhatian sudah tentu Big Platter yang kini dijual pada harga RM30 berbanding harga asal RM39.90.
- Big Platter – RM30 (asal RM39.90)
Hidangan ini hadir dengan pelbagai jenis lauk, ayam, kentang goreng dan sos dalam satu dulang besar. Ia sesuai untuk dikongsi beramai-ramai dan boleh menjadi pilihan utama jika datang dalam kumpulan yang lebih besar.
Waktu Promosi dan Operasi
Promosi Fiesta Moreh ini berlangsung pada waktu berikut:
- 8.00 malam – 12.00 tengah malam
- Setiap hari sehingga habis puasa
Waktu operasi Soru Station pula adalah:
- 4.00 petang – 1.00 pagi
- Dibuka setiap hari
Senarai Cawangan Terlibat
Antara cawangan yang terlibat dalam promosi ini termasuk:
- Shah Alam
- Kota Damansara
- Wangsa Maju
- Bangi
- Ampang
- Puchong
- Setia Alam
- Cheras (BTHO)
- Petaling Jaya
- Permaisuri
- Seri Kembangan
Pengunjung boleh terus Waze “Soru Station” mengikut cawangan pilihan untuk ke lokasi terdekat.
Cara Buat Pesanan
Bagi pelanggan yang ingin membuat pesanan tanpa perlu beratur, anda boleh terus ke laman web rasmi mereka di order.sorustation.com
Tiada pendaftaran diperlukan untuk membuat tempahan.
Dengan harga serendah RM2 untuk minuman float dan RM30 untuk platter besar, promosi ini antara pilihan menarik untuk port moreh sekitar KL dan Lembah Klang. Jika anda bercadang untuk berkunjung, sila datang lebih awal bagi mengelakkan kehabisan menu promosi.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
