April 19, 2026

Eco-Shop Lancar Kempen Raya Cheery-Ah, Lebih Meriah – Persiapan Raya Serendah RM2.60!

eco-shop-raya

Bersempena bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba, Eco-Shop kembali dengan kempen istimewa bertemakan “Raya Cheery-Ah, Lebih Meriah”. Bermula sekarang hingga 31 Mac 2026 di semua cawangan seluruh negara. Kempen ini menjanjikan lebih pilihan produk, lebih penjimatan dan lebih keceriaan untuk seisi keluarga.

Dengan harga purata serendah RM2.60 seunit, rakyat Malaysia kini boleh membuat persiapan Ramadan dan Raya dengan lebih jimat. Malah, dengan bajet yang rendah, anda  boleh mendapatkan lebih banyak barangan berbanding peruncit biasa, sesuai untuk musim perayaan yang penuh dengan komitmen kewangan.

Lebih 60 Produk Baharu dan Pilihan Lebih Luas

Bagi musim perayaan kali ini, Eco-Shop memperluaskan rangkaian produknya termasuk lebih 60 item baharu menerusi kerjasama dengan MyKasih. Antara kategori yang ditawarkan:

  • Alat pembersihan rumah
  • Bahan masakan dan keperluan dapur
  • Aneka makanan dan minuman
  • Perhiasan Raya dan sampul duit raya
  • Bekas kuih, balang, pinggan mangkuk hidangan
  • Barangan pakai buang untuk rumah terbuka

Semua ini menjadikan Eco-Shop destinasi sehenti untuk persiapan sahur, berbuka puasa hinggalah ke majlis rumah terbuka.

Promosi Buy 5 Free 1 – Lebih Jimat, Lebih Berbaloi!

Tambah menarik, Eco-Shop turut memperkenalkan promosi Buy 5 Free 1 untuk barangan makanan dan minuman terpilih di semua outlet seluruh negara. Promosi ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menambah stok snek dan minuman bagi majlis berbuka puasa serta rumah terbuka dengan lebih banyak penjimatan.

Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kewangan, malah memberi ruang kepada keluarga untuk merancang sambutan yang lebih teratur dan bermakna.

Fokus Kepada Kebersamaan dan Perbelanjaan Bijak

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Eco-Shop Malaysia, Jessica Ng, kempen ini bertujuan memudahkan akses kepada barangan keperluan supaya keluarga dapat memberi fokus kepada perkara yang lebih penting, iaitu kebersamaan dan kegembiraan meraikan Ramadan dan Raya.

Konsep “Raya Cheery-Ah, Lebih Meriah” menekankan bahawa kemeriahan sebenar tidak terletak pada kemewahan, tetapi pada persiapan yang bijak dan momen bersama insan tersayang.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, ikuti Eco-Shop di Facebook (eco-shop Malaysia) dan Instagram (@ecoshop_my).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp