Bersempena Ramadan tahun ini, myBurgerLab tampil dengan sesuatu yang cukup unik dan berbeza daripada kebiasaan. Dikenali sebagai Roti Macam John, menu istimewa ini diinspirasikan daripada Roti John klasik, namun diolah dengan sentuhan moden dan gaya tersendiri yang lebih ‘saucy’, ‘messy’ dan penuh karakter.
Ia bukan sekadar Roti John biasa, tetapi versi yang lebih bold dan berani dari segi rasa.
Gabungan Rasa Yang Padu
Roti Macam John hadir dengan inti daging cincang bersama telur dan bawang, diperkaya dengan sos keju, sos merah signature, bawang merah jeruk serta daun salad segar. Setiap gigitan memberikan kombinasi rasa lemak, manis dan sedikit masam yang seimbang.
Lebih menarik, ia disajikan dalam roti berwarna hitam yang, menjadikan penampilannya lebih premium dan lain daripada yang lain sesuai untuk anda yang gemarkan sesuatu yang ‘Instagrammable’.
Harga dan Tempoh Promosi
Ramadan Special:
Tarikh: 19 Februari – 22 Mac 2026
Harga: RM15 sahaja
Terma dan syarat: Tersedia di semua outlet myBurgerLab dengan stok terhad
Menu ini ditawarkan untuk tempoh terhad sahaja sepanjang Ramadan, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya sebelum ia menghilang dari menu. Bagi peminat Roti John, Roti Macam John dari myBurgerLab ini pasti berbaloi untuk dicuba.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini promosi, kunjungi laman sosial rasmi myBurgerLab di Facebook (myBurgerLab) dan Instagram (@myburgerlab) hari ini!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20