Bagi menyambut bulan Ramadan yang penuh makna, emart24 kembali dengan kempen istimewa Ramadan Daebak yang menampilkan menu comeback kegemaran ramai serta pilihan minuman baharu yang menyegarkan. Promosi ini menawarkan nilai yang signifikan bagi mereka yang mencari hidangan berbuka atau santapan ringan selepas tarawih.
Lebih menarik, pelanggan boleh menikmati set kombo pada harga lebih jimat berbanding harga biasa.
Kombo Berbuka Puasa Hanya RM12.90
Sepanjang tempoh promosi dari 18 Februari hingga 20 Mac 2026, pelanggan boleh mendapatkan:
- Gepuk Tenders (4 ketul) + Mana-mana 1 Coconut Drink
- Harga Kombo: RM12.90 sahaja (Harga biasa: RM17.80)
Penjimatan hampir RM5 ini pasti menjadi pilihan ramai yang mencari hidangan ringkas tetapi mengenyangkan untuk berbuka.
Gepuk Tenders tampil rangup di luar dan lembut di dalam, lengkap dengan sambal yang pedas ‘kick’ berapi, memang ngam untuk penggemar rasa pedas!
Pilihan Minuman Coconut Series yang Menyegarkan
Antara minuman yang boleh dipilih dalam kombo termasuk:
- Coconut Shake – RM7.90
Minuman kelapa berkrim dan sejuk, sesuai untuk hilangkan dahaga selepas seharian berpuasa. - Iced Pandan Coconut Latte (BAHARU!) – RM9.90
Gabungan aroma pandan yang harum dengan rasa lemak kelapa dan kopi, memberi kelainan unik. - Iced Coconut Latte (BAHARU!) – RM9.90
Kombinasi kopi dan kelapa yang seimbang, sesuai untuk pencinta kopi yang inginkan sesuatu yang berbeza.
Selain kombo, Gepuk Tenders (4pcs) juga boleh dibeli secara ala carte pada harga RM9.90.
Terhad di Semua Cawangan emart24
Promosi ini tersedia di semua cawangan emart24 seluruh Malaysia, sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat serta ketersediaan di setiap kedai.
Jika anda sedang merancang lokasi berbuka yang mudah, cepat dan berbaloi, inilah masanya untuk singgah ke emart24 dan nikmati set kombo Ramadan ini.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari media sosial mereka di Facebook (emart24) atau Instagram (@emart24.my) hari ini!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20