April 21, 2026

Ayam Goreng Rangup Digandingkan Dengan Burger atau Wrap – Get Two-Gethers Texas Chicken Kini Dari RM21.99!

texas-chicken-tex-deals

Kadang-kadang makan berdua lagi puas berbanding makan seorang. Lagi-lagi bila boleh kongsi ayam goreng rangup bersama burger atau wrap kegemaran. Inilah konsep yang dibawakan oleh Texas Chicken menerusi promosi Get Two-Gathers dalam menu Tex Deals.

Dengan harga bermula hanya RM21.99, anda boleh menikmati kombo jimat yang sesuai untuk dinikmati bersama yang tersayang.

4 Pilihan Kombo Untuk Citarasa Berbeza

Promosi ini menawarkan empat pilihan menarik:

  • 2pc Chicken + 1 Mexicana Burger – RM24.99
  • 2pc Chicken + 1 Tex Wrap – RM23.99
  • 2pc Chicken + 1 Mexicana Wrap – RM24.99
  • 2pc Chicken + 1 Fish Burger – RM21.99

Setiap kombo menampilkan ayam goreng segar dan panas, lengkap dengan pilihan burger atau wrap yang penuh rasa. Nak rasa pedas berempah? Pilih Mexicana. Nak sesuatu yang lebih ringkas dan mudah dimakan? Tex Wrap pilihan tepat. Kalau mahukan variasi, Fish Burger pun ada.

Harga yang dipaparkan termasuk SST, jadi ianya lebih mudah untuk kira bajet makan anda.

Sesuai Untuk Dine-In, Takeaway dan Drive-Thru

Promosi Get Two-Gathers ini sah untuk:

  • Dine-in
  • Takeaway
  • Drive-thru

Namun, ia tidak sah untuk pesanan delivery dan pembelian di Food Truck. Selain itu, promosi ini juga tidak tersedia ketika waktu sarapan di cawangan yang menawarkan menu breakfast. Harga juag mungkin berbeza mengikut lokasi restoran.

Jangan tunggu lama, singgah ke Texas Chicken terdekat dan cuba sendiri menu Get Two-Gathers hari ini. Untuk info lanjut, layari laman web rasmi atau media sosial mereka di Facebook (Texas Chicken Malaysia) dan Instagram (@texaschickenmalaysia).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp