June 10, 2026

Senarai Buffet Ramadan 2026 Bawah RM100 di Sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

Buffet Ramadan 2026

Bulan Ramadan 2026 bakal tiba dan sudah tentu ramai yang mula mencari lokasi buffet berbuka puasa terbaik untuk keluarga, rakan sekerja dan reunion geng lama. Kalau nak makan puas dengan harga yang rendah, banyak lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang tawarkan harga yang sangat berbaloi.

Ada yang serendah RM38, ada konsep dewan besar untuk majlis korporat, ada juga yang tampil dengan kambing golek, steamboat & grill, live band dan suasana ala hotel. Untuk mudahkan anda buat pilihan, kami senaraikan buffet Ramadan 2026 dengan harga bawah RM100 yang berbaloi untuk dicuba.

Pak Ngah Cyber Kopitiam (Cyberjaya)

Harga Normal: RM48

Early Bird: RM38 (sebelum 22 Februari 2026)

Tarikh Buffet: 20 Februari – 17 Mac 2026

Kapasiti: 300 pax

Antara Tarikan Menu:

  • Kambing Bakar
  • Hampir 100 pilihan makanan & minuman

Kemudahan:

  • Ruang luas, bertutup  dengan kipas gergasi
  • Pentas untuk bergambar

Lokasi: Galleria Cyberjaya

Tempahan: Whatsapp 017-775 9391 / Telefon 03-8322 8109

Warong Nasi Lemak Klasik (i-City Shah Alam)

Harga Normal:

  • Dewasa: RM49.90
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM39.90
  • Kanak-kanak (5–12 tahun): RM29.90

Harga Early Bird (Sebelum 10 Februari):

  • Dewasa: RM45.90
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM35.90
  • Kanak-kanak (5–12 tahun): RM25.90

Menu Utama:

  • Nasi Putih & Nasi Minyak
  • Ayam Masak Lemak Cili Api
  • Ayam Goreng Berempah
  • Kari Daging
  • Keli Belado
  • Ulam-ulaman & Sambal Belacan
  • Pelbagai kuih & dessert tradisional
  • Kambing Grill (add-on)

Lokasi: D’Tahta Kamalinda, CityWalk i-City, Shah Alam

Tempahan: 011-2707 6963 / 019-208 4588 / 010-304 0066 

Perantau Hill (Bangi)

Harga Normal:

  • Dewasa: RM49
  • Warga Emas/OKU: RM35
  • Kanak-kanak (6–12 tahun): RM30

Harga Early Bird (7 Jan – 20 Feb 2026):

  • Dewasa: RM49

Tarikh Buffet: 21 Februari – 18 Mac 2026

Lebih 50 Pilihan Menu:

  • Nasi Kenduri Station
  • Kampung Station (Gulai Kawah, Ikan Bakar)
  • Tomyam Station
  • Mee Station
  • Western Station (Kambing Grill)
  • Satay Station
  • Cendol & Dessert Station

Kemudahan:

  • Berhawa dingin + ruang terbuka
  • Parking percuma & OKU
  • Surau & taman permainan

Tempahan: 017-452 2796 / 019-341 2274

Andy’s Cafe KL & Cafe Sepuloh (Kuala Lumpur)

Harga:

  • Dewasa: RM55
  • Kanak-kanak: RM35

Tarikh Buffet: 23 Februari – 17 Mac 2026

Tema 2026: Klasik Melayu 1950 (Konsep suasana pasar klasik dengan menu warisan orang lama)

Lokasi:

  1. LG Floor, Kenanga International, KL
  2. Level 10, MOF Inc Tower @ Platinum Park

Tempahan: 012-846 5643 / 012-253 2202

Muara Steamboat & Grill (Bandar Sunway)

Harga:

  • Dewasa: RM59
  • Kanak-kanak (6–12 tahun): RM30
  • Percuma bawah 6 tahun

Lebih 120 Hidangan:

  • Nasi Briyani
  • Kari Kambing
  • Daging Masak Hitam
  • Ayam Masak Merah
  • Steamboat & Grill
  • Add-on Udang Galah & Kepala Ikan

Kemudahan:

  • Aircond
  • Kapasiti 60–70 pax
  • Surau berdekatan

Tempahan: 011-7000 9200

Astana Putra UPM (Serdang)

Harga Normal: 

  • Dewasa: RM59.70 (Isnin – Khamis) / RM63.70 (Jumaat – Ahad)
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM48.70
  • Kanak-kanak (6 – 12 tahun): RM28.70

Harga Early Bird (15 Jan – 25 Feb 2026):

  • Dewasa: RM54.70
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM45.70
  • Kanak-kanak (6 – 12 tahun): RM26.70

Tarikh Buffet: 20 Februari – 18 Mac 2026

Sesuai Untuk:

Majlis korporat (minima 70 pax)

Kelebihan:

  • Dewan privasi
  • Sistem PA percuma
  • Susun atur fleksibel
  • Lebih 20 gerai
  • Ada surau & parking

Tempahan: 012-382 7155

Kembang Setaman Cafe (Banting)

Harga:

  • Dewasa: RM59.90
  • Warga Emas (60 tahun ke atas)/OKU: RM39.90
  • Kanak-kanak (5–12): RM27.90

Tarikh Buffet: 21 Februari – 20 Mac 2026

Kemudahan:

  • Parking percuma
  • Surau
  • WiFi percuma

Tempahan: 012-218 4643

Pappa Steamboat & Grill (Putrajaya)

Harga Normal:

  • Dewasa: RM59.90
  • Warga emas/OKU: RM49.90
  • Kanak-kanak: RM26.90

Early Bird (19 Jan – 19 Feb 2026):

  • Dewasa: RM49.90
  • Warga emas/OKU: RM39.90
  • Kanak-kanak: RM19.90

Tarikh Buffet: 20 Februari – 18 Mac 2026

Menu Istimewa:

  • Kambing Golek
  • Shellout
  • Steamboat & Grill
  • Dessert Premium

Lokasi: Presint 15, Putrajaya

Tempahan: 019-980 1395 (WhatsApp)

Astana Garden Glass (Cyberjaya)

Harga Normal:

  • Dewasa: RM78
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM72
  • Kanak-kanak (6 – 11 tahun): RM42

Early Bird (10 Jan – 18 Feb 2026):

  • Dewasa: RM69
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM62
  • Kanak-kanak (6 – 11 tahun): RM39

Tarikh Buffet: 19 Februari – 18 Mac 2026

Konsep & Tarikan Menu:

Suasana berbuka ala hotel 5 bintang dengan pelbagai sajian Asia Tenggara.

Antara yang menarik:

  • Kambing Grill
  • Lebih 8 jenis air balang termasuk air yogurt
  • Assorted kek & kuih muih tradisional
  • Warung khas kanak-kanak (termasuk Soft Ice Cream)

Fasiliti & Kemudahan:

  • Surau selesa (Maghrib & Tarawih)
  • Parking lebih 1000 petak
  • Kapasiti besar (group booking sehingga 500 orang)
  • Gazebo garden outdoor
  • Dewan mesra OKU & warga emas

Lokasi: Astana Garden Glass, Cyberjaya

Tempahan: 019-790 2090

Talia World (Kg. Melayu Subang)

Harga:

  • Normal: RM80
  • Early Bird: RM70 (sehingga 17 Februari 2026)
  • Kanak-kanak (6–12 tahun): RM35
  • Bawah 6 tahun (Percuma)

Tarikh Buffet: 19 Februari – 18 Mac 2026

Masa: 6.30 petang – 10.00 malam

Konsep: Pesta makanan Ramadan dengan pelbagai pilihan juadah untuk semua peringkat umur.

Kenapa Berbaloi?

  • Restoran berhawa dingin
  • Surau disediakan
  • Parking percuma
  • Persembahan Live Band
  • Stall masakan panas

Lokasi: Talia World, Kg. Melayu Subang, Shah Alam (Waze: Talia World Sdn Bhd)

Tempahan & Pertanyaan: 013-615 3132 / 019-389 9170

Tempahan online: https://taliaworld.onpay.my/order/form/marhabanyaramadan

Curvz Café, Silka Hotel (Cheras)

Harga:

  • Dewasa: RM88
  • Warga Emas (60 tahun ke atas): RM65
  • Kanak-kanak (4 – 12 tahun): RM65

Harga Early Bird: RM78

Tarikh Buffet: 23 Februari – 15 Mac 2026

Lokasi: Silka Hotel Cheras (Berhampiran MRT Taman Connaught)

Tempahan: 03-9108 9280 / 010-535 0588

Bangi Avenue Convention Centre (BACC)

Harga Normal:

  • Dewasa: RM89.90 (Isnin – Khamis) / RM95.90 (Jumaat – Ahad)
  • Warga Emas: RM70
  • Kanak-kanak (6 – 11 tahun): RM65

Harga Early Bird (Sebelum 18 Feb 2026): RM75.90

Tarikh Buffet: 21 Februari – 18 Mac 2026

Masa: 6.00 petang – 10.00 malam

Lokasi: Ballroom 2 & 3, BACC

Tempahan: 018-874 8381 / 0112-767 2924 / 017-599 2335

Sesuai untuk keluarga besar & majlis berkumpulan dengan ruang ballroom luas.

Inilah antara pilihan buffet Ramadan 2026 sekitar Lembah Klang yang boleh anda pertimbangkan. Jika anda rancang untuk berbuka secara berkumpulan atau buat majlis syarikat, sebaiknya tempah lebih awal kerana kebanyakan lokasi menawarkan harga promosi Early Bird untuk tempoh terhad sahaja.

Harga boleh berubah dan slot cepat penuh terutama untuk tarikh hujung minggu. Jadi kalau sudah ada pilihan, terus hubungi pihak penganjur untuk pengesahan dan tempahan. Selamat berpuasa!


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp