Heritage Valley KL Berkolaborasi Dengan Lomak Salai Tampin, Perkenal Buffet Ramadan Serendah RM44
Heritage Valley Kuala Lumpur buat julung kalinya mempersembahkan Ramadhan Feast Buffet 2026, menampilkan konsep suasana kampung di tengah kota menerusi kolaborasi eksklusif bersama Lomak Salai Tampin.
Bermula serendah RM44, buffet ini menggabungkan keaslian masakan tradisional Negeri Sembilan dengan fasiliti moden dan premium, menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang bukan sekadar mengenyangkan, malah penuh nostalgia.
Ruang dihias dengan dekorasi berinspirasikan kampung, lengkap dengan persembahan muzik busking dan suasana mesra keluarga sesuai untuk berbuka puasa bersama rakan sekerja, keluarga mahupun komuniti.
Sajian Masak Lemak Jadi Tarikan Utama

Antara hidangan yang dijangka menjadi tumpuan ialah menu autentik Negeri Sembilan seperti:
- Daging Salai Masak Lemak
- Siput Sedut Masak Lemak
Aroma salai yang pekat berpadu dengan kuah santan berlemak pedas memberikan rasa tradisi yang sukar ditandingi. Hidangan ini paling enak dinikmati panas-panas bersama nasi putih, membawakan pengalaman berbuka ala kampung yang semakin jarang ditemui di bandar.
Pelbagai Hidangan Setiap Malam

Selain sajian tradisional, buffet ini turut menawarkan pelbagai pilihan tempatan dan antarabangsa seperti:
- Ayam kampung & sate
- Aneka kuih kampung
- Pasta Itali
- Soto Betawi & bakso Indonesia
- Chicken grill & chicken chop
Dengan variasi menu yang luas, pengunjung boleh menikmati gabungan rasa klasik dan moden dalam satu lokasi.
Info Ramadhan Feast Buffet 2026

Tempoh: 20 Februari – 18 Mac 2026
Waktu Operasi: 6.00 petang – 10.00 malam (Setiap Hari)
Harga: RM88 (Dewasa) | RM44 (Kanak-kanak)
Heritage Valley mampu menampung sehingga 300 tetamu dalam satu masa, lengkap dengan parkir percuma, ruang solat yang luas dan persekitaran berbuka yang selesa.
Setiap hujung minggu pula akan berlangsung Ramadhan Night Market, menampilkan gerai makanan tradisional dan persembahan busking yang menghidupkan suasana bazar Ramadhan.
Pengalaman Berbuka dan Hari Raya Ala Kampung

Menurut Pengarah Heritage Valley Kuala Lumpur, Idi Iskandar, konsep ini diwujudkan bagi membawa pengalaman berbuka seperti di kampung dengan hidangan tradisi yang semakin jarang dinikmati masyarakat bandar.
“Kami mahu membawa tetamu merasai suasana seolah‐olah berbuka di kampung, lengkap dengan juadah tradisi yang semakin jarang dinikmati masyarakat bandar. Menu istimewa Lomak Salai dari Negeri Sembilan menjadi tarikan utama, selain pelbagai hidangan Melayu dan antarabangsa yang kami sediakan. Kami yakin Heritage Valley akan menjadi destinasi utama berbuka puasa di Kuala Lumpur.”
Menjelang Hari Raya, pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan termasuk Bazaar Raya Poernama Lebaran oleh Poernama Fest, program kacau dodol dan aktiviti menganyam ketupat, semuanya bertemakan elemen kampung di tengah kota.
Tempahan Kini Dibuka
Tempahan kini dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian di https://luxeacre.onpay.my/order/form/1 atau hubungi 018-7617688 untuk pertanyaan lanjut.
Untuk maklumat terkini, layari media sosial rasmi Heritage Valley KL di Facebook (Kuala Lumpur Heritage Valley) dan Instagram (@heritagevalleykl) . Tempah awal untuk elak kekecewaan dan nikmati pengalaman berbuka yang berbeza tahun ini!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
