March 10, 2026

Coolblog Tawar Promosi Cawan Kedua Hanya RM1 untuk Pengguna mySARA

mysara-coolblog

Penerima mySARA kini boleh menikmati minuman kegemaran dengan harga lebih jimat! Sempena kerjasama istimewa bersama inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Coolblog menawarkan promosi eksklusif cawan kedua hanya RM1 untuk pelanggan yang telah membuat pembelian menggunakan mySARA.

Anda hanya perlu berbelanja menggunakan mySARA dari 9 hingga 13 Februari 2026 dan tunjukkan resit pada hari yang sama di cawangan Coolblog terpilih untuk layak menikmati tawaran ini.

Cara Dapatkan Promosi Cawan Kedua RM1 di Coolblog

Untuk menikmati promosi ini, langkahnya sangat mudah:

  1. Lakukan pembelian menggunakan mySARA
  2. Simpan resit pembelian (resit hari yang sama sahaja diterima)
  3. Kunjungi Coolblog cawangan terpilih
  4. Tunjukkan resit mySARA kepada staf Coolblog
  5. Dapatkan cawan kedua dengan hanya RM1

Promosi ini merupakan peluang terbaik untuk anda mendapatkan dua minuman menyegarkan pada harga yang lebih berapatutan.

Siri Minuman Terpilih: Papa Zola dan Hari-Harimau

Promosi 2nd cup RM1 ini sah untuk minuman terpilih sahaja, iaitu:

1. Coolblog x Papa Zola: The Movie Series

Siri khas kolaborasi Coolblog bersama Papa Zola ini menampilkan reka bentuk cawan yang comel dan menarik, sesuai untuk peminat animasi tempatan. Ia turut hadir dengan pilihan minuman popular Coolblog yang digemari ramai.

2. Hari-Hari Mau Series

Satu lagi siri istimewa dengan rekaan ceria dan rasa yang menyegarkan. Siri ini sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa, terutamanya ketika cuaca panas.

Perlu diingat, jenis minuman tertakluk kepada ketersediaan di setiap cawangan.

Terma dan Syarat Penting Yang Perlu Diketahui

Sebelum melakukan pembelian, semak dahulu terma dan syarat penting yang perlu diketahui:

  • Promosi sah dari 9 hingga 13 Februari sahaja
  • Resit mySARA hari yang sama sahaja diterima
  • Sah di cawangan Coolblog terpilih
  • Terhad kepada minuman terpilih
  • Tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Coolblog

Jika anda penerima mySARA, ini masa untuk anda menikmati minuman Coolblog dengan harga lebih berbaloi. Jangan buang resit selepas membeli-belah, tunjukkan sahaja di Coolblog dan nikmati cawan kedua pada harga RM1.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Coolblog atau ikuti media sosial Coolblog di Facebook (Coolblog Malaysia) dan Instagram (@coolblogmalaysia).


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp