Nama Ada Huruf O, R, A, N, G atau E? Nikmati Orange Americano Hanya RM2.99 di Gigi Coffee!
Kalau nama anda ada sekurang-kurangnya satu huruf daripada perkataan “ORANGE”, ini masa terbaik untuk ‘claim’ minuman kopi dengan harga super jimat. Sempena promosi terhad “Spot Orange In Your Name”, pelanggan boleh menikmati Orange Americano pada harga RM2.99 sahaja untuk tempoh masa yang sangat terhad.
Promosi ini bukan sahaja unik, malah interaktif. Anda hanya perlu bawa diri, tunjukkan nama anda dan nikmati secawan kopi sitrus yang menyegarkan.
Orange Americano RM2.99 – Segar, Ringkas dan Berbaloi
Minuman Orange Americano ini menggabungkan rasa kopi yang ‘bold’ dengan sentuhan oren yang menyegarkan, nikmat diminum pada waktu tengah hari mahupun petang. Dengan harga promosi RM2.99, ia menjadi pilihan ideal untuk ‘coffee break’ tanpa rasa bersalah pada dompet.
Namun ingat, promosi ini terpakai untuk walk-in sahaja dan hanya ditawarkan pada waktu tertentu setiap hari.
Tarikh dan Waktu Promosi
Tarikh: 6 – 8 Februari 2026
Waktu: 12.00 tengah hari – 2.00 petang / 5.00 petang – 7.00 malam
Kaedah: Walk-in sahaja
Cara Tebus Promosi
Untuk menikmati Orange Americano RM2.99 ini, pelanggan perlu:
- Membawa kad pengenalan yang sah
- Nama mestilah mengandungi sekurang-kurangnya satu huruf: O, R, A, N, G atau E
- Setiap pelanggan layak untuk satu (1) minuman promosi sahaja
- Untuk pembelian tambahan, pelanggan perlu beratur semula
Promosi ini tertakluk kepada terma dan syarat, serta bergantung kepada ketersediaan sepanjang tempoh promosi.
Jika anda peminat kopi dan kebetulan nama anda kena dengan promosi ini, jangan lepaskan peluang. Datang awal, bawa kad pengenalan, dan nikmati Orange Americano RM2.99 sebelum promosi tamat.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Gigi Coffee atau media sosial rasmi mereka di Facebook (Gigi Coffee) dan Instagram (@gigicoffeemy)
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
