February 12, 2026

Pak Jen Sajikan Set Makan Tengah Hari dan Malam Bermula RM9.90 dengan Citarasa Kampung Asli

pak-jen-nu-sentral

Bagi pencinta makanan tradisional yang rindukan rasa kampung, Pak Jen sememangnya antara destinasi yang wajar dikunjungi. Dikenali dengan hidangan berasaskan rempah ratus asli dan penggunaan santan yang kaya, Pak Jen terus mengekalkan keaslian masakan tempatan sambil menawarkan harga yang mesra poket.

Menariknya, Pak Jen menampilkan Set Lunch bermula RM9.90 dan Set Dinner bermula RM12.90, menjadikannya pilihan ideal untuk semua.

Set Lunch Dari RM9.90: Pilihan Ringkas Tapi Mengenyangkan

Untuk makan tengah hari, Pak Jen menawarkan beberapa set popular yang lengkap dengan nasi putih dan lauk utama, antaranya:

  • Ayam Goreng Creamy Butter 
  • Rendang Ayam 
  • Ikan Keli Berlada
  • Puyuh Goreng Kunyit

Set ini sesuai untuk mereka yang inginkan hidangan cepat, sedap dan mengenyangkan pada harga bajet.

Set Dinner Dari RM12.90: Lebih Lengkap & Pelbagai

Untuk waktu malam, Pak Jen menyediakan set makan malam dengan pelbagai variasi, termasuk lauk berkuah dan hidangan istimewa seperti:

  • Set Tomyam Ayam 
  • Set Sup Ayam 
  • Set Ayam Padprik
  • Set Sotong Masak Cili Kering 

Set dinner ini sesuai untuk makan bersama rakan atau keluarga selepas seharian bekerja.

Kepelbagaian Menu Tradisional Malaysia

Selain set menu, Pak Jen turut terkenal dengan pelbagai hidangan klasik Malaysia seperti Gulai Ayam, Ayam Goreng Berempah, Ayam Goreng Kunyit, Butter Chicken, Nasi Lemak, serta pelbagai menu mee, kuew teow dan bihun. Tidak ketinggalan pencuci mulut tempatan seperti Cendol untuk melengkapkan pengalaman makan ala kampung.

Pak Jen boleh didapati di beberapa lokasi strategik seperti Central Market Kuala Lumpur, NU Sentral dan Sunway Putra


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp