June 4, 2026

RM5 Sweet Deals: Senarai Promosi Makanan dan Minuman RM5 dengan Maybank Mastercard

Debit-Mastercard-RM5-Deals

Promosi makanan murah sentiasa mendapat sambutan tinggi, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan jenama popular dengan harga yang benar-benar berbaloi. Menerusi kempen RM5 Sweet Deals, Maybank Mastercard menawarkan peluang kepada pengguna untuk menikmati pelbagai makanan dan minuman daripada jenama terkenal dengan harga serendah RM5 sahaja.

Tawaran ini merangkumi pelbagai pilihan, daripada kopi dan pencuci mulut hinggalah hidangan lengkap, sekali gus menjadikannya sesuai untuk makanan harian tanpa perlu berbelanja lebih. 

Tempoh Promosi: 1 November 2025 – 30 Jun 2026

1. Chef Kecik – Croissant Butter RM5

Bagi pencinta pastri, Chef Kecik merupakan antara jenama tempatan yang terkenal dengan croissant berkualiti tinggi dan bertekstur rangup di luar serta lembut di dalam. Menerusi promosi ini, pelanggan boleh menikmati croissant butter kegemaran ramai pada harga jauh lebih rendah daripada harga biasa, menjadikannya pilihan ideal untuk sarapan ringkas atau kudapan petang bersama kopi.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk 1 Butter Croissant (Harga biasa: RM9)
  • Sah untuk dine-in sahaja
  • Lokasi terlibat: Chef Kecik Café Eco Majestic, Chef Kecik Boulangerie Seduduk Kajang dan Chef Kecik Boulangerie Tuah 1895
  • Terhad 1,000 penebusan sebulan
  • Maksimum 1 unit per kad dan per resit sehari
  • Tertakluk kepada ketersediaan harian (tiada tempahan awal)

2. Krispy Kreme – 3 Donut + Minuman RM5

Krispy Kreme sememangnya sinonim dengan donut Original Glazed yang lembut dan manis seimbang. Melalui promosi RM5 ini, pelanggan boleh mendapatkan tiga donut Original Glazed bersama satu minuman tin, sesuai untuk dikongsi atau dinikmati sendiri tanpa perlu berbelanja lebih.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk Box of 3 Original Glazed + 1 minuman tin (Harga biasa: RM15)
  • Pilihan minuman: Coca-Cola atau 100Plus
  • Sah di semua outlet Krispy Kreme kecuali: Genting Sky Avenue, Genting Highlands Premium Outlets, KLIA 1, KLIA 2 dan Subang Skypark
  • Terhad 3,600 penebusan sebulan

3. Baskin-Robbins – Aiskrim Regular Scoop RM5

Dalam cuaca panas Malaysia, aiskrim sentiasa menjadi pilihan utama untuk menyejukkan badan. Baskin-Robbins menawarkan satu scoop aiskrim bersaiz regular pada harga RM5, memberi peluang kepada pelanggan menikmati pelbagai perisa ikonik dengan kos yang lebih rendah daripada biasa.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk 1 Regular Scoop (Harga biasa: RM12.50)
  • Sah di semua outlet Baskin-Robbins kecuali: Genting First World, Genting Highlands Hotel and Genting Premium Outlet, The Exchange TRX dan KidZania
  • Terhad 8,000 penebusan sebulan

4. ZUS Coffee – Minuman Terpilih RM5

ZUS Coffee antara jenama kopi tempatan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, terutamanya golongan bekerja. Promosi RM5 ini memberi peluang untuk pengguna kad debit dan kredit Mastercard Maybank menikmati minuman popular seperti latte dengan harga yang jauh lebih jimat, sama ada melalui aplikasi atau pembelian di kedai.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk minuman berharga RM11.20 dan ke bawah
  • Contoh: CEO Latté, Spanish Latté, Buttercrème Latté
  • Had penebusan bulanan terhad untuk pembelian di kedai dan aplikasi
  • Kod Promo (ZUSMBB) sah untuk pick-up sahaja
  • Maksimum 1 penebusan setiap kad, setiap resit dan setiap minggu
  • Terhad 20,900 penebusan sebulan melalui pembelian melalui aplikasi dan 3,000 penebusan di outlet

5. Auntie Anne’s – Cream Cheese Almond Stix RM5

Bagi peminat pretzel, Auntie Anne’s menawarkan snek berperisa keju krim dan badam yang lazat dengan harga yang jauh lebih rendah. Namun, proses penebusan memerlukan pendaftaran aplikasi, menjadikan promosi ini lebih eksklusif kepada pelanggan yang benar-benar berminat.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk Cream Cheese Almond Stix (Harga biasa: RM12.20)
  • Sah untuk pembelian di kedai sahaja kecuali outlet KLIA, Genting serta Sabah dan Sarawak
  • Terhad 2,200 penebusan sebulan
  • Perlu daftar dan aktifkan e-voucher melalui aplikasi Auntie Anne’s semasa membuat pembelian

6. Nando’s – PERi-PERi Chips / Wedges RM5

Promosi ini sesuai untuk mereka yang ingin menambah hidangan sampingan ketika menjamu selera di Nando’s. Dengan hanya RM5, pelanggan boleh menikmati kentang PERi-PERi bersaiz besar yang biasanya dijual hampir dua kali ganda daripada harga promosi.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk Large PERi-PERi Chips atau Wedges (Harga biasa: RM11.90)
  • Sah di semua outlet Nando’s
  • Terhad 3,500 penebusan sebulan

7. Richeese Factory – Ayam Goreng + Nasi RM5

Richeese Factory terkenal dengan ayam goreng rangup dan sos keju yang unik. Melalui promosi ini, pelanggan boleh menikmati set ayam goreng lengkap bersama nasi pada harga RM5, menjadikannya antara tawaran paling berbaloi dalam senarai ini.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk 1 Crispy Chicken + Rice (Harga biasa: RM10.48 – RM11.68)
  • Sah untuk dine-in dan takeaway
  • Terhad 5,000 penebusan sebulan

Tempoh Promosi: 5 November 2025 – 30 Jun 2026

8. The Coffee Bean & Tea Leaf – Minuman Terpilih RM5

Bagi peminat kopi premium, promosi ini memberi peluang untuk menikmati minuman klasik The Coffee Bean & Tea Leaf pada harga bajet, termasuk penjimatan tambahan bagi pengguna Google Pay.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk minuman terpilih (Harga biasa: RM9.50 – RM14.60)
  • Tambahan RM1 diskaun jika bayar menggunakan Google Pay
  • Sah untuk pembelian di semua kedai di Semenanjung Malaysia kecuali KLIA Terminal 1 dan 2
  • Terhad 15,000 penebusan sebulan

Tempoh Promosi: 1 Disember 2025 – 30 Jun 2026

9. Oriental Kopi – Kaya atau Pan Mee RM5

Oriental Kopi menawarkan produk ikonik yang sering dibeli sebagai stok di rumah. Promosi RM5 ini sesuai untuk mereka yang ingin berjimat sambil menikmati produk kegemaran ramai.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk 2 pek Pan Mee Original atau 1 Kaya (Original / Pandan) (Harga biasa: RM8.90 & RM9.90)
  • Terhad 2,200 penebusan bulanan
  • Sah di semua outlet Oriental Kopi

Tempoh Promosi: 1 Januari 2026 – 30 Jun 2026

10. Marrybrown – Set Ayam Goreng RM5

Sebagai jenama makanan segera tempatan yang popular, Marrybrown menawarkan set ayam goreng lengkap dengan minuman pada harga RM5, sesuai untuk pelanggan yang ingin makan dengan bajet terhad.

Butiran Promosi:

  • RM5 untuk 1-pc Ayam Goreng MB® + Soft Drink (S) (Harga biasa: RM10.80)
  • Sah untuk dine-in & takeaway di semua outlet kecuali di lapangan terbang, Genting Highlands, Johor Premium Outlet dan Sunway Lagoon
  • Had penebusan terhad kepada 11,666 penebusan sebulan

Secara keseluruhan, kempen RM5 Sweet Deals dengan Maybank Mastercard ini merupakan peluang terbaik untuk pengguna berjimat tanpa perlu mengorbankan kualiti atau pilihan. 

Namun, perlu diingat bahawa setiap promosi adalah terhad dari segi kuota bulanan dan ditawarkan secara first-come, first-served. Oleh itu, perancangan awal dan peka dengan terma serta syarat  amat penting bagi mengelakkan kekecewaan.

Pastikan juga pembayaran dibuat menggunakan Maybank Mastercard Debit atau Credit Card bagi melayakkan penebusan.

Untuk maklumat lanjut dan kemskini terkini, layari halaman promosi di laman web rasmi Maybank.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 👇🏻

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp