Bowlcrafted Kembali Beroperasi Dengan Promosi Nasi Lemak Ayam Berempah Hanya RM9.90
Bowlcrafted akhirnya kembali beroperasi dengan nafas baharu selepas melalui tempoh renovasi. Kemunculan semula ini diraikan dengan satu promosi istimewa yang pasti menarik perhatian pencinta makanan tempatan.
Bermula 6 Januari 2026, pelanggan boleh menikmati Nasi Lemak Ayam Berempah Signature Bowl pada harga istimewa RM9.90 sahaja. Jika nasi lemak merupakan hidangan wajib anda, inilah masa terbaik untuk singgah dan menikmati tawaran yang jarang ditawarkan ini.
Apa Yang Istimewa Dengan Signature Bowl Ini?
Signature Bowl Bowlcrafted menampilkan nasi lemak lengkap dengan ayam berempah yang rangup dan berperisa, sambal, telur rebus, kacang, ikan bilis serta ulam – hidangan klasik yang mengenyangkan dan sesuai untuk makan tengah hari atau makan malam.
Namun, tawaran ini hanya terhad kepada 88 pelanggan terawal setiap hari, jadi anda disarankan untuk datang awal untuk menikmatinya.
Dessert Percuma Dengan 3 Langkah Mudah

Bukan setakat harganya yang murah, Bowlcrafted turut menawarkan 1x dessert percuma untuk pelanggan yang menyertai aktiviti media sosial mereka:
- Ambil gambar Signature Bowl anda dan muat naik di Instagram atau Facebook
- Tag 3 orang ‘makan kakis’ atau kaki makan (boleh post di feed atau story)
- Tunjukkan posting tersebut kepada kru Bowlcrafted
Dengan hanya tiga langkah mudah, anda boleh tebus Len Chi Kang atau Bubur Pulut Hitam percuma pada hari yang sama.
Maklumat Lokasi dan Tempoh Promosi
Lokasi: Bowlcrafted @ 168 Park Mall Selayang, Lot G-05
Tempoh Promosi: 6-16 Januari 2026
Promosi ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat, berkonsepkan first come first served, dan selagi stok masih ada. Harga yang ditawarkan juga tertakluk kepada caj perkhidmatan 5%. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan istimewa ini pada harga yang berbaloi. Kunjungi Bowlcrafted dan rasai sendiri nasi lemak mereka dengan harga promosi.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi 168 Park Mall di Facebook (168 Park Mall) hari ini.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
