Richeese Factory Akhiri Tahun Dengan Promosi 2 Set Fire Chicken Hanya RM30.99!
Buat anda yang mengidamkan ayam goreng pedas berkeju dengan sentuhan berbaloi, Richeese Factory bawakan promosi akhir tahun yang pasti buat anda tak sabar nak cuba! Mulakan kiraan detik ke tahun baharu dengan 2 set Combo Fire Chicken pada harga istimewa RM30.99 sahaja, sah dari 24 hingga 31 Disember 2025.
Apa Yang Anda Dapat Dalam Satu Set?
Setiap set Combo 2 Fire Chicken mengandungi:
- 2 ketul Fire Chicken pedas pilihan (boleh pilih tahap kepedasan)
- 1 Mashed Potato (M)
- 1 Minuman (M)
- 1 Sos Keju leleh yang creamy
Dengan pembelian 2 set, anda akan menikmati 4 ketul ayam, 2 mashed potato, 2 minuman dan 2 sos keju — lebih banyak ayam, lebih banyak side dish, dan pastinya lebih berbaloi!
Tempoh Promosi
Promosi ini hanya sah dari 24 hingga 31 Disember 2025 di semua cawangan Richeese Factory Malaysia. Anda boleh menikmati tawaran ini melalui:
- Dine-in
- Takeaway
- Drive-thru
Namun, promosi ini tidak boleh digabungkan dengan sebarang promosi lain, baucar atau diskaun.
Pilih Tahap Kepedasan Mengikut Citarasa Anda
Satu lagi keistimewaan Fire Chicken dari Richeese Factory adalah, anda boleh memilih tahap kepedasan sendiri! Jadi, ianya sesuai untuk semua sama ada anda ingin mencuba rasa pedas membara atau menikmati tahap kepedasan yang lebih ringan.
Jika anda merancang untuk makan bersama rakan-rakan atau keluarga, promosi ini memang pilihan terbaik dan sangat sesuai untuk dikongsi bersama.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, layari laman sosial rasmi Richeese Factory MY di Facebook sekarang!
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!
