emart24 kembali dengan satu lagi tawaran menarik buat penggemar makanan segera! Kali ini mereka hadir dengan menu terbaharu, Krunchy Korean Fried Chicken dengan tekstur yang baharu, dua kali lebih rangup dan dua kali lebih lazat! Untuk masa terhad, pelanggan boleh menikmati promosi BELI 1 PERCUMA 1 semangkuk ayam goreng Korea yang lazat ini pada harga RM9.90 sahaja.
Tawaran Terhad: 17 – 23 November 2025
Promosi ini sah dari 17 hingga 23 November 2025, dan hanya berlangsung setiap hari dari jam 2 petang hingga 6 petang. Waktu terhad ini menjadikan ia lebih eksklusif, jadi pastikan anda rancang masa anda ke emart24 dalam tempoh tersebut!
Khas Untuk Ahli Aplikasi emart24
Promosi ini ditawarkan eksklusif kepada ahli emart24 yang menggunakan aplikasi rasmi mereka dan hanya sah untuk pembelian secara walk-in di kedai. Jika anda belum muat turun aplikasi, ini masa terbaik untuk berbuat demikian dan daftar sebagai ahli.
Harga Berpatutan, Rasa Memikat
Dengan hanya RM9.90, pelanggan bukan sahaja dapat menikmati ayam goreng ala Korea yang rangup dan penuh perisa, tetapi juga dapat satu lagi secara PERCUMA! Sesuai untuk dikongsi bersama rakan atau sebagai hidangan tambahan untuk diri sendiri.
Tawaran ini berlangsung selagi stok masih ada, jadi jangan tunggu lama-lama! Rebut peluang keemasan ini dan rasai sendiri kenikmatan Krunchy Korean Fried Chicken hanya di emart24.
Untuk maklumat lanjut, muat turun aplikasi emart24 hari ini atau ikuti Facebook mereka di emart24.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

The Manhattan Fish Market Kembali Dengan Menu Serendah RM9.90 – Sah Untuk Satu Hari Sahaja
MIXUE Anjur Festival Budaya Wau Terbesar Di Malaysia – Percuma Dan Terbuka Untuk Semua
Pakai Jersi Argentina, Tebus Promosi Beli 1 Percuma 1 di ZUS Coffee Untuk Satu Hari Sahaja
Krispy Kreme Sambut Ulang Tahun Ke-89, Kotak Ke-2 Half Dozen Original Glazed Hanya RM0.89
ZUS Coffee Anjur Watch Party Piala Dunia FIFA 2026, Bawakan Cabutan Bertuah Dan Goodie Bag Eksklusif
Ayam Gepuk Top Global Bawakan Set Ayam Crispy Drumstick Pada Harga RM9.90 Di Cawangan Terpilih