Penggemar durian, ini peluang anda untuk berpesta durian sepuas hati! Sempena 11.11, IOI City Mall membawakan anda Durian Fest: Free Flow Festival – satu pengalaman makan durian tanpa had selama 1 jam dengan hanya RM99 seorang.
Nikmati Musang King & XO Tanpa Had
Pesta ini menampilkan dua jenis durian premium kegemaran ramai iaitu Musang King dan XO. Anda boleh menikmati sepuasnya dalam satu sesi selama 1 jam. Namun, pastikan anda datang awal kerana setiap hari hanya terhad kepada 100 orang sahaja! Konsepnya mudah, siapa cepat, dia dapat.
Pilihan Waktu Sesi Harian

Pengunjung boleh memilih salah satu daripada tiga sesi setiap hari:
- 3:00 PM – 4:00 PM
- 5:00 PM – 6:00 PM
- 7:00 PM – 8:00 PM
Nota penting: Hanya untuk makan di premis sahaja, tidak dibenarkan bawa pulang.
Lokasi & Tarikh
Lokasi:
West Garden, IOI City Mall (Aras Bawah, berhampiran Pintu Masuk Barat)
Tarikh:
11 – 13 November 2025 (3 hari sahaja!)
Dengan harga hanya RM99, ini adalah peluang terbaik untuk menikmati durian berkualiti tinggi secara “free flow”. Ajak rakan-rakan dan keluarga anda, jangan lepaskan tawaran istimewa ini!
Untuk maklumat lanjut, lawati laman sosial mereka di Facebook IOI City Mall.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20