April 21, 2026

Tak Perlu Daftar! RON95 Bersubsidi RM1.99 Boleh Diakses dengan MyKad

RON95-Price-Reduced-from-RM2

Kerajaan telah mengumumkan penurunan harga bahan api RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter, berkuat kuasa 30 September 2025. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 16 juta rakyat Malaysia, dengan setiap warganegara layak menerima subsidi sehingga 300 liter sebulan.

Guna MyKad Tanpa Perlu Daftar

Tiada pendaftaran diperlukan untuk menikmati harga subsidi ini. Pengguna hanya perlu mengimbas MyKad di mesin pembaca yang akan dipasang di kedai stesen minyak dan terminal pam. MyKad berfungsi sebagai bukti kewarganegaraan bagi melayakkan pengguna menerima harga subsidi.

Kerajaan menasihatkan pengguna untuk pastikan cip MyKad berfungsi dan lesen memandu masih sah. Jika anda telah menebus bantuan SARA RM100, itu menunjukkan cip MyKad anda aktif.

Alternatif Melalui eDompet dan Aplikasi Petrol

Selain MyKad, rakyat juga boleh menggunakan e-dompet seperti TNG eWallet serta aplikasi pihak ketiga daripada jenama petrol seperti Setel (Petronas) dan CaltexGo (Caltex) bagi menebus subsidi.

Pelaksanaan Berperingkat Mengikut Kumpulan

Subsidi RON95 akan diperkenalkan secara berperingkat:

  • 27 September: Anggota tentera dan polis akan menjadi kumpulan pertama menerima subsidi.
  • 29 September: Golongan B40 dan M40 yang menerima Sumbangan Tunai Rakyat (STR) akan menikmati harga subsidi.
  • 30 September: Semua rakyat Malaysia yang layak boleh mula menikmati harga RM1.99 seliter.

Tidak Layak: Warga Asing & Syarikat Korporat

Subsidi ini hanya untuk warganegara Malaysia. Warga asing dan syarikat besar tidak layak menerima harga subsidi, dan akan terus membayar harga pasaran RM2.60 seliter bagi RON95.


Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah! 

Facebook | Instagram | TikTok | X.com | Threads | Whatsapp

 

Artikel ini turut diterbitkan oleh rakan kami di PriceShop. Baca lebih lanjut di laman web rasmi mereka.