Di tengah kesibukan pagi di ibu kota, tidak ada yang lebih menyenangkan daripada sarapan ringkas yang murah tapi sedap.
Kali ini, saya singgah di Restoran SK Maju, Petaling Jaya untuk mencuba menu sarapan mereka.
Apa Yang Ditawarkan?

Dengan hanya RM6.90, saya dapat menikmati:
- 2 keping thosai rangup
- 1 gelas teh o ais limau
Bagi saya, kombinasi ini bukan sahaja mengenyangkan malah sangat mesra bajet.
Kenapa Ianya Berbaloi?
- Thosai yang disajikan bukan sahaja besar, malah rangup di luar, lembut di dalam, dan masih panas bila sampai di meja.
- Kombinasi kari ayam bersama chutney dengan rasa pedas dan masam yang seimbang, sesuai untuk anda yang menginginkan sarapan savoury.
- Teh o ais limau pula tidak terlalu manis, melengkapkan hidangan tanpa rasa ‘berat’ di pagi hari.
Dengan harga bawah RM7, anda boleh dapat sarapan yang mengenyangkan untuk memulakan hari.
Lokasi & Waktu Operasi

Lokasi: Restoran SK Maju, 92, Jalan SS 2/60, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu Operasi: 24 jam sehari
Bagi anda yang tinggal atau bekerja di kawasan PJ, sarapan ini sememangnya berbaloi untuk dicuba.
Nak dapatkan maklumat promosi atau tips & tricks dengan lebih pantas? Ikuti Hrga.MY di kesemua platform media sosial rasmi kami di bawah!

CHAGEE Bawa Dunia The Little Prince ke Malaysia dengan Siri Matcha, Barangan Eksklusif dan Aktiviti Khas di Pavilion KL
Yobe Malaysia Lancar Konsep Baharu Yobe Crafted, Tawar Koleksi Eksklusif untuk Peminat ALPHA
Mykori Mini Jalan Petaling Raikan Hari Merdeka ke-69 dengan Tawaran Beli 1 Percuma 1 Kakigori
Promosi Baker’s Cottage: Dapatkan 2 Potong Kek Hanya RM12.99 dengan 4 Pilihan Kek
Krispy Kreme Tawar Pembelian 6 Assorted Donut, Percuma 6 Original Glazed – 21 Ogos 2026 Sahaja
SF Coffee Lancar Promosi Matcha Rena dengan 2 Minuman Matcha Hanya RM20