Dalam suasana ekonomi yang mencabar dan isu subsidi petrol yang masih belum diputuskan, ramai rakyat Malaysia berdepan tekanan kewangan untuk menampung kos pemilikan kereta. Sebagai usaha untuk membantu, PolicyStreet, syarikat insurans teknologi tempatan (InsurTech), melancarkan Jualan Kilat Hari Gaji yang akan berlangsung pada 24 hingga 25 Jun 2025, dari jam 11 pagi hingga 1 petang sahaja.
Untuk menikmati semua ini, pengguna hanya perlu melanggan keahlian Drive+ pada harga RM9.90 sahaja (berbanding harga biasa RM99.90) semasa tempoh promosi. Tawaran eksklusif ini hanya untuk tempoh 2 jam setiap hari, dan terbuka kepada semua pemilik kenderaan tanpa mengira jenama atau model.
Manfaat Jualan Kilat Hari Gaji:
✅ Cukai jalan percuma dengan rebat sehingga RM177
Hanya tersedia semasa Jualan Kilat. Terhad kepada masa promosi sahaja.
Manfaat Eksklusif untuk Ahli Drive+:
✅ Pelan ansuran 0% faedah untuk pembayaran insurans – boleh dibayar secara bulanan (3, 6 atau 12 bulan)
✅ Baucar RM20 untuk pembaharuan insurans seterusnya
✅ Caj pemprosesan percuma (bernilai RM15)
✅ Bantuan premium & panduan tuntutan insurans yang mudah

Bagi mereka yang belum sampai waktu untuk memperbaharui insurans, anda masih boleh mengunci tawaran promosi ini dengan mendapatkan sebut harga semasa jualan. Jadi bila masa pembaharuan tiba, anda sudah pun layak untuk menikmati penjimatan tersebut.
Jangan tunggu saat akhir! Dengan slot yang terhad dan berdasarkan konsep “siapa cepat dia dapat”, pengguna disaran mendapatkan sebut harga awal agar proses pembayaran dapat dilakukan sebaik sahaja promosi bermula.
Untuk maklumat lanjut dan panduan lengkap, layari laman rasmi: www.policystreet.com

Harga Minyak 10–16 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Melonjak 25 Sen, Brent Cecah AS$97.31
BEST Express Malaysia Sokong Peniaga Tempatan dengan Penyelesaian Penghantaran Fleksibel
Jangan Terburu-Buru Beli Kereta, Semak 6 Perkara Ini Sebelum Membuat Keputusan
Harga Minyak 3–9 September 2026: RON97, RON95 dan Diesel Turun 5 Sen, Had BUDI Dinaikkan Ke 300 Liter
TNG eWallet Tambah FlexiCredit GXBank ke CashLoan dengan Had Kredit Sehingga RM150,000
Harga Minyak 27 Ogos–2 Sept 2026: RON97, RON95 dan Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen